Thursday, December 25, 2014

Resepi Cadbury Buttercake oleh Namee Roslan

Assalamualaikum
Salam Sejahtera
Alhamdulillah, tiba lagi hari Jumaat penuh barakah..
Jumaat terakhir untuk tahun 2014..
Selepas ni masih adakah lagi kesempatan..
Untuk bertemu Jumaat hadapan..
Minggu hadapan..
Bulan hadapan..
Tahun hadapan..
Tidak ada sesiapa yang boleh memberikan jaminan..
Usia kita milik Allah..
Hanya kepada DIA lah kita berserah
Walau hidup walau MATI


Hari ni nak kongsikan resepi Cadbury Buttercake
Resepi asal dari Nameera, blogger yang cun tu :)
Klik di sini untuk resepi asal
Credit tu Namee untuk resepi simple yang sangat SEDAP nih :D

Cadbury Buttercake




Melted coklat..nyum nyum :P




Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula kastor
225 gm butter ( 1 buku) - saya guna butter Anchor
4 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh serbuk penaik
1 bar coklat Cadbury plain

Cara-cara membuat
1.Butter dan telur mesti di biarkan pada suhu bilik, yakni keluarkan terlebih dahulu
2.Bila butter dah lembut, masukkan dalam bekas bersama-sama gula.
3.Pukul gula dan butter sehingga berkrim. Nak guna tangan boleh, mixer pun boleh. Saya guna mixer
4.Bila dah berkrim, masukkan telur.
5.Bila dah sebati, masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai habis, kacau dengan senduk
6.Kemudian, masukkan esen vanilla.
7.Tuang satu layer di dasar loyang.
8.Letakkan coklat cadbury, saya potong ikut petak-petak dia dan susun
9.Letakkan kesemua adunan kek kat atas coklat tadi.
10. Bakar dalam oven pada suhu 170 ' c atau kalau ada oven yg dah preset tu lagi senang, tekan je button Cake.
11. Bakar lebih kurang 40 minit atau sehingga masak.

Tips
*jangan over beat butter dengan gula, nanti naik minyak, kek jadi keras
*panaskan oven terlebih dahulu supaya bila bakar kek tu dia tak mendap
*sukatan gula ikut citarasa masing-masing, tapi kurangkan gula itu lebih baik, lagipun coklat Cadbury kan dah manis


Selamat mencuba!
Terima kasih kerana sudi membaca :D

No comments:

Post a Comment