Friday, November 17, 2017

Jawatan kosong Pembantu Rumah Sementara

Assalamualaikum..
Lama saya tidak post apa2 di blog ni. Sebenarnya tak berapa sihat. Tahun lepas saya ada iklankan Pembantu Rumah Sementara sebab saya bersalin czer pada bulan Ogos 2016. Alhamdulillah rezeki saya dapat jugak pembantu orang Melayu, nama dia Lia, kerja selama 3 bulan. Lepas saya habis pantang dia berenti sebab nak kawin. Sebulan lepas tu maid lama saya dari Jawa datang kerja balik sampailah hari ni. Alhamdulillah.

Tapi sayangnya dia nak balik dah hujung bulan Nov ni sebab anak dia takde orang jaga, sebelum ni adik dia jaga tapi ada masalah lepas suami adik dia meninggal bulan puasa yang lalu.


Sekarang ni saya up balik iklan Pembantu Rumah Sementara. Detail spt berikut:


Saya tinggal di Ss2 PJ, ada 4 orang anak umur 1-14 tahun, 3 lelaki seorang perempuan. Saya tidak bekerja buat masa skrg dan bakal melahirkan anak no.5 pada April 2018. Sekarang saya perlukan bantuan menguruskan anak2 dan rumah sampailah saya habis pantang.

Kriteria yg diperlukan:
1. Beragama Islam-wajib solat 5 waktu
2. Berbangsa Melayu-kalau boleh warga tempatan.
3. Pilihan utk bermalam atau balik hari.
4. Boleh mula kerja pada bulan bermula November 2017
5. Wanita sahaja.
6. Boleh membaca/menulis.
7. Boleh bekerja di Ss2, Petaling Jaya, Selangor.
8. Umur 30-50 tahun (boleh runding).
9. Penyabar dan boleh menerima teguran.
10.Kontrak kerja adalah 1 tahun

Skop Tugas:
1. Basuh/lipat/gosok baju
2. Kemas rumah/ buang sampah
3. Boleh mengurus kanak-kanak
4. Boleh bantu memasak
5. Membeli keperluan dapur sekiranya diperlukan.
6. Lain2 yg sesuai ( nnti kita bincang)


Gaji Minima:RM 1100 (boleh runding)
Cuti :  Ahad
           Boleh ambil cuti sakit sekiranya perlu

Makan/minum ditanggung

Sekiranya berminat boleh hubungi saya untuk bincang lebih lanjut/interview.

Ni no.tel saya: 012-3716020 ( Kak Wan)
Kalau saya tak angkat phone boleh whatsapp/ message.

Harap2 ada yg berminat.
Kalau ada sesapa terbaca tolong sampaikan kpd yg berminat. Mintak tolong ye..tq :)

Read More »