Tuesday, December 9, 2014

Spicy Beef Pie


Cuti sekolah ni mood memasak berpusu-pusu datang
Hari-hari mesti fikir nak masak makanan best-best je untuk anak-anak
Anak saya yang no.2 memang memilih makan, kalo takde makanan kegemaran, rela dia makan Maggi tiap2 hari, lomah omak den macam ni TT

Antara resepi yang dicuba semalam ialah Spicy Beef Pie.
Rahsia pie yang sedap terletak pada pastrinya yang rapuh
Inti dia ni ikut sedap tekak kita lah.
Kalau ambik resepi mat saleh inti dia ni takde letak cili, so tak lah pedas
Kalau untuk tekak Melayu, tak sah kalau tak pedas, sikit pun mesti kena

Ada 2 part dalam pembuatan pai ini, iaitu pastri dan inti





Bahan-bahan pastri
400 gm tepung gandum
200 gm cold unsalted butter - saya guna Anchor
1/2 sudu teh garam
Air sejuk+ Ais
Sebiji telur untuk kemasan

Cara-cara membuatnya

  1. Masukkan tepung gandum dan garam halus, kemudian kacau
  2. Butter yang sejuk di potong kiub, diulang mesti guna butter yang sejuk tau.
  3. Masukkan butter ke dalam tepung dan ramas sehingga menjadi seperti serbuk roti atau bread crumb. Kalau guna food processor lagi senang.
  4. Bila dah jadi breadcrumb, campurkan air ais sesudu demi sesudu.
  5. Setiap kali masukkan sesudu air, gaul dan uli sehingga tidak berderai menjadi doh
  6. Apabila telah dapat doh yang diingini, bahagikan kepada 2 bahagian iaitu untuk bahagian bawah dan atas pai, kalau tidak mahu pastri bahagian bawah boleh juga di letak atas je.
  7. Bulat kan doh dan tekan sehingga leper sedikit
  8. Kemudian balut dengan cling wrap dan sejukkan dalam peti ais selama sejam

Doh yang telah di uli
    Balut doh dengan cling wrap dan sejukkan
Sementara menunggu doh betul-betul sejuk dan set, boleh lah sediakan inti

Bahan-bahan inti

  1. 400 gm daging cincang
  2. 1 sudu besar rempah kari atau gulai daging
  3. Sedikit serbuk perasa
  4. 1/2 bawang besar di potong dadu
  5. 2 ulas bawang putih diketuk
  6. 1 biji cili merah
  7. 3 batang celeri
  8. Karot di potong dadu - saya tak letak sebab tak ada
  9. Tomato puri atau sos spageti
  10. 1/2 cawan bancuhan tepung jagung - letak 1 sudu bedar tepung jagung


Cara-cara membuatnya

  1. Daging cincang digaul dengan serbuk kari, garam, gula, bawang besar yang telah dicincang.
  2. Perap lebih kurang sejam
  3. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau
  4. Masukkan cili dan celeri
  5. Apabila celeri sudah layu
  6. Masukkan sedikit air
  7. Masukkan daging cincang dan gaul sehingga daging masak
  8. Masukkan tomato puri atau sos spageti
  9. Perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa dan sedikit lada sulah.
  10. Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan inti daging tersebut.

Tumis, bawang besar, bawang putih dan cili

Masukkan celeri

Masukkan daging cincang bahan perasa dan kacau sampai masak



Penyediaan pastri
Untuk mendapatkan bentuk pai yang cantik, gunakan loyang khusus untuk pai. Saya guna loyang bulat untuk quich jenis loose bottom bersaiz 7 inci.


  1. Keluarkan doh, lumur papan canai dan kayu penggelek dengan tepung gandum supaya tidak melekat.
  2. Doh untuk bahagian bawah mesti dicanai sehingga saiz 2 inci lebih besar dari loyang ataupun sehingga ketebalan 0.5 cm. Agak tebal jugak, tapi jangan bimbang sebab nanti bila dah masuk loyang kita boleh tekan dan ratakan semula.
  3. Doh untuk bahagian atas di canai mengikut saiz loyang , kalau besar pun tidak mengapa kerana kita boleh potong.
  4. Pindah kan doh ke dalam loyang, tekan dan kemaskan bahagian tepi dan potong lebihan doh supaya lebih kemas. Cucuk dasar doh dengan garpu untuk mengelak gelembung.
  5. Doh bawah di bakar dahulu selama 20 minit pada suhu 190 darjah celcius
  6. Setelah siap di bakar, masukkan inti sehingga penuh
  7. Letakkan doh atas, dan kemaskan bahagian tepi
  8. Tekan tepi menggunakan garpu untuk lebih cantik dan kemas
  9. Jika terdapat lebihan doh, bolehlah di buat hiasan dan tampal atas doh tersebut.
  10. Akhir sekali, sapukan telur di atas doh tersebut.
  11. Bakar dalam oven selama 25 minit pada suhu 200 darjah celcius.

Doh yang telah disejukkan
Canai doh mengikut saiz yang sesuai
Letak dalam loyang, cucuk dasar dengan garpu dan bakar
Cucuk dasar dengan garpu dan bakar

Masukkan inti


Letak doh atas, dan kemaskan, gunakan creativity untuk hiasan. Cucuk doh supaya tidak gelembung
Kemudian sapu telur untuk kemasan.

Bakar dlm oven suhu 190' c, 25 minit atau sehingga keperangan


No comments:

Post a Comment