Tuesday, December 9, 2014

Resepi Lasagna

Rasanya dah dekat tiga minggu nak post entri untuk resepi Lasagna..
Sebab kesuntukan masa, maka terperap ajelah dalam draft :D

Sebenarnya dah banyak kali buat lasagna, yang sebelum-sebelum ni tak excited nak post kat blog, sebab main belasah je

Kali ni special sikit sebab buat ikut step yang betul dan hasilnya pun sangat puas hati dan sedap :D

Lasagne


Bahan-bahan Asas
Kepingan lasagna - saya guna San Remo
Mozarella Cheese untuk tabur diatas lasagna
Sos daging - rujuk resepi di bawah
Sos putih - rujuk resepi di bawah

Bahan-bahan sos daging cincang
Bawang putih
400 gm daging cincang
Sos spageti Kimball
Gula dan garam
Serbuk perasa

Bahan-bahan sos keju
2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
2 cawan susu segar
Parmesan Cheese
Cheesedale Cheddar Cheese

Cara-cara membuatnya

  1. Rendam kepingan lasagna dalam air suam panas dan campur sedikit minyak zaitun supaya tidak melekat
  2. Sementara menunggu kepingan lasagna lembut, bolehlah sediakan sos daging dan sos keju


Cara-cara membuat sos daging

  1. Tumis 2 ulas bawang putih yang diketuk menggunakan minyak zaitun
  2. Bila sudah naik bau, masukkan daging cincang
  3. Kacau sehingga daging masak
  4. Bila daging sudah masak, masukkan sos spageti Kimball
  5. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
  6. Masak sehingga sos naik minyak, tapi tak perlu sehingga kering


Cara-cara membuat sos keju

  1. Panaskan mentega atas api yang sederhana
  2. Kemudian, masukkan tepung gandum dan kacau sehingga sebati
  3. Matikan api, dan masukkan susu segar. Kacau rata
  4. Buka semula api perlahan, masukkan keju cheesedale yang telah dicarikkan
  5. Kacau sehingga sebati dan masukkan sedikit serbuk lada putih dan garam. Boleh juga masukkan parsley flake jika suka.
  6. Tutup api dan kacau lagi, jika sos terlalu likat, boleh tambah air panas supaya cair sedikit.


Cara-cara menyusun dan membakar

  1. Panaskan oven pada suhu 190 darjah celcius.
  2. Sediakan loyang empat segi. Saya gunakan loyang bersaiz 9"x 9". Lengserkan dengan minyak zaitun.
  3. Letakkan lapisan sos daging, diikuti dengan sos keju dan kepingan lasagna. Pastikan sos tersebut melitupi sepenuhnya kepingan lasagna.
  4. Ulang lapisan tersebut sehingga habis.
  5. Lapisan paling atas saya tak letak kepingan lasagna tetapi di tabur dengan mozarella cheese.
  6. Apabila dah siap melapis-lapis, tutup lasagna dengan aluminium foil.
  7. Bakar selama 20 minit. Setelah dibakar 15 minit, buka aluminium foil dan bakar lagi selama 5 minit. Ini adalah supaya lapisan keju garing dan keperang-perangan.


Nah dah siap pun.

Tips semasa memasak lasagna
*Rendam dulu kepingan lasagna sebelum dimasak supaya tidak keras, sebab kadang-kadang  
  mungkin sos kita tak cukup banyak moisture untuk melembutkan kepingan tersebut.
*Kalau nak rebus boleh, tapi jangan sampai lembik, agak-agak separuh masak je.
*Jangan letak terlalu banyak garam dalam sos keju, sebab keju kan dah masin
*Tutup dengan aluminium foil sebelum membakar untuk mengekalkan kelembapannya agar
  kepingan lasagna lembut dan masak sekata. Kalau nak lasagna anda sedap dan cantik, step yang ini
  tak boleh ingkar :D

SELAMAT MENCUBA :D




No comments:

Post a Comment