Thursday, March 5, 2015

Fish Head Noodle

Assalamualaikum,
Hai..lama gak tak menjenguk blog. Tak sempat sungguh. ni pun curi-curi tulis kat ofis. Kali nak share resepi Fish Head Noodle, tak pernah terfikir pun selama ni yang ianya sungguh SEDAP :D.

Fish Head Noodle ni sejenis bihun sup dan popular di kalangan masyarakat Cina. Kat area Damansara Kim ni banyak restoran yang menyediakan Fish Head Noodle ni. Bagi penggemar makanan berasakan sup, jom cuba, korang pasti tak menyesal, rasanya lain dari bihun/ mi sup/ bakso yang biasa kita makan.

Resepi ni saya ambil dari blog MAANGCHI, seorang blogger masakan dari Korea. Orang Korea pun suka.


Fish Head Noodle

BAHAN-BAHAN

  • Bihun
  • Halia- di hiris nipis
  • Tomato- di potong baji
  • Stok ayam-saya guna 1 senduk Maggi Chicken Stock
  • Sos Ikan secukup rasa
  • Lada sulah secukup rasa
  • Susu cair secukup rasa
  • 3 biji buah plum jeruk-saya guna jenama Singlong
  • Sayur Sawi
  • 1 paket mustard jeruk
  • Kepala ikan merah- saya letak tulang ikan merah sebab takde kepala ikan


CARA-CARA MEMBUAT
A.Bihun
Rendam bihun dalam air selama 30 minit


B.Penyediaan Kepala Ikan
  • Jika guna kepala ikan, potong kecil-kecil kepala ikan dan perap garam dan lada sulah dalam setengah jam pun dah ok. 
  • Goreng secara deep fry sehingga garing. 
  • Jika guna tulang ikan merah, rendam dalam air tulang ikan merah untuk mengurangkan rasa masin.
  • Goreng sehingga garing. 
C.Penyediaan Sup
  • Tumis halia yang dihiris sehingga naik bau. Bila dah naik bau, masukkan tomato.
  • Kemudian, masukkan air, agak-agak 2 liter. Kalau nak kuah banyak, letak air banyak.
  • Masukkan satu senduk stok ayam Maggi, mustard yang dipotong dan juga 3 biji plum jeruk yang telah dibuang biji.
  • Biarkan sehingga mendidih.
  • Bila kuah dah mendidih, keluarkan isinya.
  • Masukkan pula sayur sawi dan celur sekejap sehingga lembut.
  • Bila dah lembut, keluarkan sayur sawi dari kuah
  • Masukkan pula kepala ikan/ tulang ikan yang telah digoreng tadi ke dalam kuah sup.
  • Biar sehingga mendidih sekejap. Kemudian, asingkan ikan dari kuah.
  • Masukkan sos ikan dan lada sulah.
  • Akhir sekali masukkan satu senduk susu cair. Tak letak pun tak apa. Kalau letak, lagi sedap sebab rasa lemaknya.
*Jika menggunakan tulang ikan kering, anda tidak perlu memasukkan garam ke dalam sup kerana ia sudah cukup masin. Terpulang kepada selera anda :)
 
Untuk menghidang
  • Masukkan bihun yang telah direndam ke dalam kuah.
  • Kemudian, masukkan sekali, mustard, tomato, sawi dan kepala ikan tadi.
  • Rebus sekejap sehingga bihun lembut.
  • Angkat dan hidangkan.

*




Antara bahan-bahan utk Fish Head Noodle. Cik Merah kat belakang tu tak boleh blah je kan, huhu, nanti saya buat entri khas untuk dia.
Fish sauce Tiparos


Sawi

4 hiris halia dan sebiji tomato




Tulang ikan merah



Mustard jeruk

Plum jeruk













No comments:

Post a Comment