Monday, May 6, 2013

Masalah semasa mengandung Part II

Ok, kita sambung entri masalah semasa mengandung sebelum ni.


Jadi, kesimpulan yang dapat saya buat, masalah utama yang saya hadapi masa mengandung adalah:
1. Alahan/ morning sickness
2. Sakit celah paha/ celah kelangkang
3. Gestational diabetes mellitus (GDM)/ kencing manis semasa mengandung
4. Jantung berbunyi- yang ini doc suspect ada masalah injap, so kena buat Echo 10/5 ni. Yang ni takde tips melainkan dengar nasihat doctor.

Setiap penyakit itu pasti ada ubatnya kecuali mati. Kita kena yakin, berusaha dan bertawakkal pada Allah. Jangan sesekali berputus asa. Kena ingat, ini semua ujian Allah terhadap hambaNya.

Di bawah ni saya senaraikan tips-tips melegakan masalah2 di atas:

1.Alahan/ morning sickness.
  1. Minum pati delima, kalo boleh yang takde gula ye. Khasiat pati delima ni banyak, boleh la beli mana2 brand, yang popular tu pati delima Gulsan. Petua ni, member yang bagitau. Kalo nak tau lebih detail, boleh google ye, bersepah maklumat pasal khasiat delima ni :)
  2.  Kalo dah teruk sangat alahan, baik jumpa doc, dapatkan nasihat, kalo dah takleh buat apa, terpaksa drip. Jangan risau, ni untuk kebaikan both mama and baby. 
Pati Delima Gulsan -gambar dari google
    2.Sakit celah paha/ celah kelangkang

    Yang ni rasanya paling seksa, tak tau la pada orang lain kan. Tiap kali jumpa doc, mesti saya bagitau, tapi doc buat dek aje. Katanya tu sakit biasa bila perut dah besar. Ye la kita tau la. tapi at least bagi la tips untuk kurangkan sakit tu.

    Ok, tips2 kat bawah ni harap2 dapat la membantu meringankan sakit yg dialami:
    1. Tuam tempat yang sakit tu dengan tungku batu sungai, ambik yang kecik je. Tungku tu bakar kejap, pastu balut dengan daun2 wangi( daun pandan, daun kunyit, daun limau purut, kalo kt kampung ambik daun mengkudu). Tuam pelan2 ye, kat perut jangan usik tau. Takpun duduk atas tungku tu.
     
    Batu sungai untuk tungku - gambar dari http://tuyaluveeri.blogspot.com/2011/04/bertungku.html


      2.Tuam sejuk- tips ni dapat dari doc di Klinik medijaya. Ambik beberapa ketul ais balut dengan tuala, pastu tuam tempat sakit. Cara ni berkesan untuk saya berbanding tuam panas.
        3.Berurut- yang ni, kalo nak cuba cari tukang urut berpengalaman. Saya penah urut dengan kak mah tukang urut di kampung hubby saya. Masa urut tu katanya baby rendah, pastu kepala dia menekan kat paha saya belah kanan. Masa urut tu kak mah betulkan kedudukan baby. Lepas tu baru rasa lega. Kalo nak cuba, boleh call Kak Mah , 013-9522491. Dia dok di kelantan, tapi rata2 pegi urut orang bersalin especially kl, putrajaya, selangor. Sedap urut dengan dia. Cubalah, hehe.
          3.Gestational diabetes mellitus (GDM)/ kencing manis semasa mengandung

          Mula-mula detect GDM ni masa lepas minum air gula. Masa tu berat naik 3 kg, patutnya 2 kg je sebulan. Sbl minum air gula kena puasa semalaman. Esoknya pegi klinik, jam 8.30, ambik darah kat lengan, pastu minum air gula satu gelas besar ( huhu nangis nak habiskan T_T). 

          Then tunggu 2 jam kemudian baru ambik darah kat lengan semula. Lepas tu nurse kata boleh balik. ada problem nanti diorang call. petang tu jugak diorang call bagitau bacaan glukosa.. dan bacaannya ialah...jeng jeng jeng ..4.8/11.0 - ( bacaan masa puasa/ lepas minum ayaq gulo). Tinggi bacaan ni. Lepas tu, nurse  suruh datang balik klinik untuk pinjam glocometer dan cek darah sendiri kat rumah. Ada sesetengah tu kena datang 4 kali ke klinik untuk cek. Nasib baik klinik kelana jaya ni bagi pinjam.
          Masa pi klinik pinjam glocometer tu nurse terangkan bacaan yang normal untuk ibu mengandung. Dia bagi kertas panduan dan juga untuk catatan bacaan glukos.

          Tapi saya lebih selesa beli sendiri...dan pilihanku adalah glocometer accucheck active. Kalo kat PPUM, diorang guna accucheck performa, katanya lebih tepat bacaan. Tapi kira ok la yg saya beli ni,  murah sikit dan lebih hygienic sebab tak berkongsi. 
          Kit Accucheck Active
          Apa yang saya buat dengan gadget kesayangan terbaru ni? Haa..bermula lah episod cucuk2 jari 4 x sehari. Jangan risau, tak sakit pun :). So, ambik darah sbl sarapan, lepas sarapan 2 jam, lepas lunch 2 jam, lepas dinner 2 jam, pastu sbl tido.

          Dari situ kita dapat tau makanan apa yang patut kita makan dan makanan mana kena elak. Walaupun kita ikut nasihat pakar pemakanan, kita sendiri kena tau makanan kita camane, kena pandai- pandai adjust ikut selera dan kesesuaian badan kita. Cthnya saya tak boleh makan roti wholegrain walaupun disarankan.

          Pastu, jangan lupa bersenam untuk keluarkan peluh. Jangan senam yg berat, memadai dengan kemas bilik sendiri ke, basuh pinggan ke, jalan kaki ke...ikut kesesuaian badan kita la dan MESTI dapatkan nasihat doc sbl memulakan rejim senaman. Kalo rasa pening ke, penat sangat, kena hentikan senaman.  

          Ada jugak petua yang saya jumpa, tapi tak ingat blog mana, katanya rendam jintan manis dlm beberapa jam. Lepas tu rebus hingga air tinggal secawan. Pastu minum. Katanya, tak boleh minum selalu nanti hypoglycaemia pulak. Yang ni saya belum cuba dan Tak pasti ok ke tak utk ibu mengandung.

          Lagi satu, cuba minum air rendaman saffron atau za'faran. Lagi elok guna air yang mendidih. Masukkan   Setengah sudu teh saffron, kacau dan minum pagi dan malam. Ni yang saya amalkan sekarang di samping jaga makan.  


          Saffron jenama Tesco yang saya gunakan



          Air Saffron -setelah di rendam dalam air panas
          Kalo bacaan gula masih tinggi lepas usaha diet dan senaman dilakukan, mungkin doc akan refer ke hospital, kena cucuk insulin. Tapi jangan risau, tak sakit pun, cuma gerun je. Walaupun belum cucuk, tapi saya dah ada pengalaman cucuk hormon kat perut masa buat IUI :).  Kita kena ingat, ini utk kebaikan mama dan baby jugak.

          Yang penting jangan rasa down, gdm ni bukan salah kita 100%, tapi kegagalan insulin berfungsi akibat hormon yang dikeluarkan oleh uri mengganggu fungsi insulin kita.

          *NotaTips-tips di atas, adalah hasil pertanyaan/ perkongsian saya dengan orang yang berpengalaman. Saya bukan pengamal perubatan moden mahupun tradisional. Sebaiknya, dapatkan nasihat pakar sebelum menggunakan apa-apa kaedah. Saya tidak bertanggungjawab di atas sebarang komplikasi penggunaan kaedah seperti di atas.
          Read More »

          Sunday, May 5, 2013

          Masalah semasa mengandung Part I

          Assalamualikum, Salam Sejahtera,

          Dah lama blog ni terabai, kesian...tuan dia tak berapa sihat semenjak November tahun lepas lagi. Tapi    Alhamdulillah sekarang dah ok sikit..Syukur.

          Tak sihat sebab apa? Sebab nak dapat baby baru Insyaallah bulan Julai ni ( blushing :D). Kandungan Kali ni banyak cabaran dan dugaan dari segi kesihatan. Awal kehamilan saya diuji dengan alahan, pening, muntah, tak boleh makan makanan biasa, tak boleh bau semua benda, kecuali yang wangi je, huhu.

          Masuk 4 bulan, Allah uji pula dengan batuk dan sakit celah paha. Batuk tu ok la boleh tahan lagi, doc kasi antibiotic, pastu dah takde infection. Yang sakit celah paha dan tulang pinggul yang paling mencabar. Taip kali jalan, sakit. Nak bangun tido, sakit, dah tuam panas pun masih sakit sampai hari ni...huhu. 

          Tapi lama-lama buat tak tau je lah kan. Kalo dah sakit sangat, saya rehat je atau sapu minyak sikit. Kalo di layan, satu kerja pun tak boleh buat.

          Sekarang ni, dah masuk 30 minggu. Masa 28 minggu tu doc detect saya ada GDM. Apa bende tu? GDM ni kencing manis semasa mengandung. Pulak...dulu-dulu tak penah kena, keturunan pun takde, agaknya sebab tak jaga makan, asyik layan fast food je semenjak dah boleh makan ni...huhu.

          Sekarang ni tengah on diet control, makan mesti 6 kali sehari,  makanan yang sihat aje. Lepas dah buat Bsp( blood sugar profile...ala yang kena cucuk darah 4 kali sehari tu), saya ada jumpa dietician, dia bagi panduan pemakanan. I follow je, hehe.

          Memandangkan dah beli glucometer sendiri, senang untuk tahu makanan yang mana menaikkan gula dengan cepat. So hasil dari analisa bacaan glukos yang diperolehi, saya tak boleh makan roti atau makanan berasaskan tepung gandum even wholegrain bread pun takleh. Yang kedua adalah saya tak boleh minum susu segar, susu tepung lagi la tak boleh. Pasal apa? Sebabnya dalam susu ni ada gula berlebihan. So alternatifnya, susu skim. Kesedapannya tu kurang le berbanding susu lain.

          Tapi, demi kesihatan telan je lah ye, hehe. Ok lah, kita sambung citer dalam next entry. Makcik nak solat dulu. Bye bye :)

          Baca ini juga :
          Masalah semasa mengandung Part II
          Masalah semasa mengandung Part III
          Read More »

          Saturday, October 20, 2012

          Belajar Berenang


          "Buah cempedak di luar pagar,
            Ambil galah tolong jolokkan,
            Saya budak baru belajar,
            Kalau salah tolong tunjukkan"

          Alhamdulillah, saya mulakan enti kali ini dengan serangkap pantun yang tentunya sangat-sangat dekat di hati kita. Apa kaitannya tajuk dan pantun untuk entri saya kali ni? Haaa...ni la nak habaq mai kat hangpa semua ni..hehe.

          Yang sebenarnya semalam 20/10/2012 merupakan hari bersejarah buat saya. Kenapa? Sebab Kelate menang bola ke? No no no..nehiii!! Sebabnya semalam bermula kelas renang untuk saya di  Nadi Annissa Muslim Women Organisation. Apa pun sebelum tu nak ucapkan tahniah jugak la kepada The Red Warriors kerana menang berhemah dan untuk ATM juga walaupun kalah, bak kata orang tu, kalah bermaruah.

          Sebenarnya, ni la kali pertama saya belajar renang. Sebelum ni tak pernah terfikir pun, walaupun kat rumah ni ada pool. Selalu tengok anak-anak je berenang, diorang memang daripada kecik lagi dah pandai, memang jenis yang tak takut air. Kepada anda yang berminat untuk belajar renang, tiada istilah terlewat, bukan sahaja budak, malah mak budak, nenek dan wanita peot jugak boleh berenang? Tak caye? Tanya la swimming instructor saya, Cik Zahra Ma'soumah..hehe. Melainkan anda ada masalah kesihatan, itu kena consult dengan tuan doktor la ye. 

          Saya rasa bertuah sebab dapat instructor yang betul-betul berpengalaman sebagai perenang profesional dan pernah mengharumkan nama Malaysia. Dan tak ketinggalan jugak, orangnya comel ;).

          Kelas renang kali ni ada 4 orang student, Kak Ru, Rayyan, Rin dan saya. Tak berkesempatan lagi untuk berkenalan lebih lanjut dengan Rin. Tunggu next class lah, no.phone masing-masing pun lupa ambil, cuma ada Rayyan punye aje.

          Apa yang kena ada?

          Of course kena ada swimming suit, goggle, dan towel. Saya pilih full suit yang tutup semua, macam kat bawah ni:


          Eh, jangan terkejut, baju ni bukan hanging macam dalam gambar tu, hihihi..tapi ia labuh sampai paras paha dan menutupi punggung. Kelebihan suit ini, ia ringan, cap dijahit sekali dengan baju dan ada tali untuk ikatkan baju dan seluar. Tali ini adalah untuk mengelakkan dari terselak.

          Tapi satu je yang saya tak berapa selesa dengan suit ini, sebabnya cap ni menyebabkan air bertakung di lubang telinga luar dan setiap kali naik, kena tarik sikit baru untuk keluarkan air tu. Apa-apapun, ia tidak mendatangkan masalah besar dan terpulang pada keselesaan masing-masing juga untuk memilih suit yang mana sesuai buat mereka. Kat mana nak beli? Cuba lah menjengah ke mana-mana kedai sukan, sekarang ni dah banyak yang jual Muslimah swimwear. Online pun banyak ;)..Tapi yang ini saya beli di Sogo, kalau tak silap di Tingkat 5.

          Kalau Period, boleh berenang ke?

          Boleh, tak jadi masalah. Tak payah pakai pad, tampon pun tak payah. Eiii.... biar betul, kang tetiba air kolam bertukar merah darah! Macam tu la reaksi kami bila Cik Zahra cakap tak ada masalah kalau period. Janji kita terus masuk kolam lepas pakai swimsuit.
          Logiknya, bila kita dah masuk dalam air, tekanan yang tinggi dari air akan menghindarkan darah period dari keluar. Tapi lepas dah keluar kolam tu, cepat-cepat la pegi tandas ye..hehe..



          Pelajaran Pertama

          Pengalaman kali pertama ini memang la mula-mula tu ada perasaan gementar, kurang yakin, namun cepat-cepat di tepis oleh Cik Zahra. Katanya kita mestilah yakin boleh, kalau dah set kat minda tak boleh memang tak akan boleh.

          Mula-mula kami di ajar tahan nafas dalam air dan kemudian hembus nafas melalui hidung. Saya pernah baca satu tips, jika seseorang ingin belajar berenag, adalah digalakkan untuk membiasakan diri dengan air dan kolam tersebut terlebih dahulu. Ini penting supaya nanti kita tahu bagaimana suhu air, kedalaman kolam dan baru lah datang keyakinan serta tidak mengalami culture shock. Satu lagi tips yang berguna, selalulah praktis bernafas melalui mulut di bawah pancuran air semasa mandi. 

          Kali pertama tahan nafas, ok dan berjaya hembus melalui hidung, cikgu pesan jangan hembus kuat-kuat nanti meleleh pulak..hehe. Hembus macam biasa aje tau. Masa menyelam tu rasa macam.."eh apasal kepala tak tenggelam ni, asyik nak terapung je". Tapi cik Zahra kata ok. Mungkin sebab saya belum biasa imbangkan badan dalm air.

           Ok pass pelajaran pertama.

          Pelajaran Kedua

          Lepas Cik Zahra dah puas hati dengan performance pernafasan kitorang dalam air, kami pun proceeduntuk pelajaran kedua iaitu floating. Floating ni nampak senang tapi susah jugak sebenarnya.

          Tangan mesti lurus dan angkat ke atas serta rapatkan. Kemudian gerakkan badan anda ke dalam air dan kedepan. Kaki mesti tolak ke depan dan bukan tolak ke atas macam nak melompat tu..hehe. First try, tak berjaya. Kali kedua, ok sikit, kali ketiga boleh la, kali keempat, dah boleh buat sebab baru faham macam mana nak tolak ke depan dengan kaki. Masalah semasa praktis ialah tak tau macam mana nak landing atau break, hehe. 

          Cara dia , kita guna kedua-dua tangan dan tolak air ke bawah, selepas itu, lutut di bawa ke depan, dan kepala kita tolak ke belakang. Mungkin susah nak imagine teknik ni. Saya pun dalam banyak-banyak kali praktis, sekali sahaja yang betul-betul jadi.

          Ok pass pelajaran kedua.

          Pelajaran Ketiga

          Untuk pelajaran ketiga ni, kami di ajar teknik breastroke. Teknik ini sesuai untuk mereka yang beru hendak belajar berenang.

          Kami diajar cara frog kick. "Straight, Bend, Kick" ..tu le step-step yang nak kena hafal. Boleh lihat video di bawah untuk teknik-teknik breastroke dan frog kick.




          Setelah beberapa kali praktis dengan cik Zahra, so kena la buat sendiri pulak. Kira ok la, dah faham. Alhamdulillah, rasa macam tak percaya aje boleh floating dan frog kick ni. Tak sabar untuk next class, eheheh.

          Pass pelajaran ketiga ;)

          Alhamdulillah untuk setakat ini. Harap-harap tips-tips yang diberikan oleh Cik Zahra ini berguna untuk anda yang baru nak belajar renang.

          So, kepada sesiapa yang nak belajar berenang dengan Cik Zahra dalam suasana tertutup yakni Muslimah aje, boleh lah contact 
          Nadi Annissa, 03-79321714 (Puan Yati).

          Kat sini jugak ada Mini Spa, korang boleh buat urutan aromaterapi, urutan tradisinal Melayu, reflexologi dan jugak facial. Ayuh book sekarang, tempat ni memang TERBAIK PUNYE!!!
          Read More »

          Wednesday, October 17, 2012

          Salam Zulhijjah

          Salam Zulhijjah

          Salam Zulhijjah buat semua umat Islam didunia. Hari ini sudah masuk 2 Zulhijjah 1433. Pastinya ramai rakan-rakan yang sedang berpuasa sunat Zulhijjah. Antara ibadat-ibadat yang dituntut di bulan mulia ini adalah ibadat puasa sunat hari Arafah dan ibadat korban pada Hari Raya Aidiladha.



          Petikan berikut merupakan kelebihan-kelebihan ibadat puasa di bulan Zulhijjah:


          “Empat amalan yang tidak ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu; puasa ‘Asyura, puasa al-‘ashyr (yakni hari-hari sepuluh awal Dzulhijjah), puasa tiga hari pada setiap bulan dan solat dua rakaat sebelum subuh”. (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, at-Thabrani dan an-Nasai)Maksud al-‘Ashyr dalam hadis di atas ialah hari pertama Dzulhijjah hingga hari ke sembilannya. Disunatkan puasa pada hari-hari tersebut terutamaya pada hari ke sembilan iaitu hari Arafah. Malah terdapat hadis lain yang menegaskan bahawa sepuluh hari awal Dzulhijjah adalah hari-hari paling baik untuk beramal dengan apa sahaja amal kebaikan, tidak tertumpu kepada puasa sahaja, iaitu sabda Rasulullah s.a.w.;

          ما من أيام العمل الصالح فيها أحب إلى اللَّه من هذه الأيام:يعني أيام عشر ذي الحجة
          “Tidak ada hari-hari di mana mengejakan amal soleh padanya paling disukai oleh Allah dari hari-hari ini; yakni hari-hari sepuluh awal Dzulhijjah”. (Riwayat Imam Bukhari dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

          Adapun fadhilat puasa hari ‘Arafah iaitu hari ke 9 Dzulhijjah, Abu Qatadah r.a. menceritakan;

          سئل رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم عن صوم يوم عرفة؟ قال: يكفر السنة الماضية والباقية
          “Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda; “(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang”. (Riwayat Imam Muslim)

          Hari ‘Arafah adalah hari yang paling afdhal dari segala hari.[1] Ini kerana Rasulullah bersabda;

          مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْداً مِنَ النَّارِ، مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ
          “Tidak ada satu hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari api neraka dari hari ‘Arafah”. (Riwayat Imam Muslim)

          Namun demikian puasa pada hari ‘Arafah itu hanya disunatkan kepada yang bukan jamaah Haji. Adapun jemaah Haji, mereka tidak disunatkan berpuasa pada hari tersebut, akan tetapi disunatkan berbuka sebagai mengikuti Rasulullah s.a.w. dan untuk memperolehi kekuatan bagi memperbanyakkan berdoa pada hari tersebut. Abu Hurairah r.a. menceritakan;

          أنَّ النبي صَلّى الله عَلَيْهِ وَسَلّم نهى عنْ صوم يومْ عَرَفَة بعَرَفةَ
          “Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah”. (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim)

          Maimunah isteri Rasulullah s.a.w. menceritakan; “Orang ramai ragu-ragu apakah Rasulullah s.a.w, berpuasa atau tidak pada hari ‘Arafah”. Lalu ia (yakni Maimunah) menghantar kepada baginda satu bekas berisi susu tatkala baginda sedang berwukuf di Padang ‘Arafah itu. Lalu baginda meminum susu tersebut dengan dilihat oleh orang ramai kepadanya. (Riwayat Imam Muslim).

          (Dipetik dari laman blog Halaqah.net ;http://halaqah.net/v10/index.php?topic=4524.0)

          Sama-sama lah kita merebut rahmat Allah di bulan mulia ini. Insyaallah.
          Read More »