Saturday, May 18, 2013

Masalah semasa mengandung Part III

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Jumaat lepas (17/5/2013), appointment di PPUM. Kali ni buat ultrasound dan jumpa dietitician untuk review blood glucose.
Pagi-pagi dalam 7.40 dah sampai ANC (Antenatal Clinic). Husband hantar ..hehe..biasa orang lain yang tolong hantar.

Jumpa dietitcian pukul 9, disebabkan awal lagi, nurse suruh buat ultrasound dulu kat tingkat 1.
So, pegi la jumpa Sonographer dulu. 

Sampai2 tu, saya org first. Alhamdulillah tengok masa scan tu, baby ok, kepala dah pusing bawah. Air ketuban cukup lagi, dan berat baby around 1.9kg. Patut la husband kata perut dah besar sangat ;).


Report Ultrasound

Dah habis scan, naik plak tingkat 2 tunggu nurse panggil nama jumpa dietitcian. Dah sampai turn kita tunjuk je buku yang catit bacaan darah dan apa yang kita makan tu.

Sebelum ni control makan sampai tak naik berat, so kali ni makan macam biasa. Hasilnya gula memang tinggi la. Pastu kena refer doc Endocrine. Doc prescribe insulin sebanyak 6 unit sekali guna, 3 kali sehari.


  • 1/2 jam sebelum sarapan
  • 1/2 jam sebelum makan tengahari
  • 1/2 jam sebelum makan malam


Sekarang ni doc nak monitor dulu gula masa puasa ( dari jam 10 malam sebelum sampai 8 esok pagi).
Kalau bacaan puasa tinggi maybe kena cucuk waktu malam sebelum tidur.

So, lepas tu nurse bagi pinjam Novopen sampai bersalin. Jarum kena beli sendiri, yang paling pendek. Kalau kat Q Pharmacy PPUM, harga dia RM11 untuk 20 jarum. Untuk jimat, saya guna 1 jarum 2 kali.

Ini kit untuk cucuk insulin, biru tu bekas dia, yang depan tu insulin dalam tiub kaca

Ini le rupanya jarum yang belum bukak dan novopen.

Jarum yang telah dibuka, pendek je

Novopen yang telah dibuka penutupnya

Novopen yang telah dipasang jarum


Kat mana cucuk? Hehe.. mesti korang takut kan.  Biasanya orang cucuk kat lemak perut, tapi saya punye lemak takde kat perut sebab perut dah besar sangat..hehe. So nurse kata boleh cucuk kat area pinggang yang banyak lemak. Sakit ke? Tak sakit sangat lah, lepas cucuk tu je rasa pedih-pedih sikit.

Harap-harap dengan ini, dapat lah saya control GDM dan boleh makan cam biasa. Insyaallah. Bagi ibu-ibu yang senasib dengan saya, saya doakan kita sama-sama lahirkan baby tanpa banyak masalah. Amin ;)

Tak lupa juga nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu saya dan semua ibu-ibu penyayang seluruh dunia. Juga Selamat Hari Guru buat semua guru-guru yang gigih mendidik anak-anak biarpun cabaran besar menanti. Peace ;D

No comments:

Post a Comment