Monday, May 6, 2013

Masalah semasa mengandung Part II

Ok, kita sambung entri masalah semasa mengandung sebelum ni.


Jadi, kesimpulan yang dapat saya buat, masalah utama yang saya hadapi masa mengandung adalah:
1. Alahan/ morning sickness
2. Sakit celah paha/ celah kelangkang
3. Gestational diabetes mellitus (GDM)/ kencing manis semasa mengandung
4. Jantung berbunyi- yang ini doc suspect ada masalah injap, so kena buat Echo 10/5 ni. Yang ni takde tips melainkan dengar nasihat doctor.

Setiap penyakit itu pasti ada ubatnya kecuali mati. Kita kena yakin, berusaha dan bertawakkal pada Allah. Jangan sesekali berputus asa. Kena ingat, ini semua ujian Allah terhadap hambaNya.

Di bawah ni saya senaraikan tips-tips melegakan masalah2 di atas:

1.Alahan/ morning sickness.
  1. Minum pati delima, kalo boleh yang takde gula ye. Khasiat pati delima ni banyak, boleh la beli mana2 brand, yang popular tu pati delima Gulsan. Petua ni, member yang bagitau. Kalo nak tau lebih detail, boleh google ye, bersepah maklumat pasal khasiat delima ni :)
  2.  Kalo dah teruk sangat alahan, baik jumpa doc, dapatkan nasihat, kalo dah takleh buat apa, terpaksa drip. Jangan risau, ni untuk kebaikan both mama and baby. 
Pati Delima Gulsan -gambar dari google
    2.Sakit celah paha/ celah kelangkang

    Yang ni rasanya paling seksa, tak tau la pada orang lain kan. Tiap kali jumpa doc, mesti saya bagitau, tapi doc buat dek aje. Katanya tu sakit biasa bila perut dah besar. Ye la kita tau la. tapi at least bagi la tips untuk kurangkan sakit tu.

    Ok, tips2 kat bawah ni harap2 dapat la membantu meringankan sakit yg dialami:
    1. Tuam tempat yang sakit tu dengan tungku batu sungai, ambik yang kecik je. Tungku tu bakar kejap, pastu balut dengan daun2 wangi( daun pandan, daun kunyit, daun limau purut, kalo kt kampung ambik daun mengkudu). Tuam pelan2 ye, kat perut jangan usik tau. Takpun duduk atas tungku tu.
     
    Batu sungai untuk tungku - gambar dari http://tuyaluveeri.blogspot.com/2011/04/bertungku.html


      2.Tuam sejuk- tips ni dapat dari doc di Klinik medijaya. Ambik beberapa ketul ais balut dengan tuala, pastu tuam tempat sakit. Cara ni berkesan untuk saya berbanding tuam panas.
        3.Berurut- yang ni, kalo nak cuba cari tukang urut berpengalaman. Saya penah urut dengan kak mah tukang urut di kampung hubby saya. Masa urut tu katanya baby rendah, pastu kepala dia menekan kat paha saya belah kanan. Masa urut tu kak mah betulkan kedudukan baby. Lepas tu baru rasa lega. Kalo nak cuba, boleh call Kak Mah , 013-9522491. Dia dok di kelantan, tapi rata2 pegi urut orang bersalin especially kl, putrajaya, selangor. Sedap urut dengan dia. Cubalah, hehe.
          3.Gestational diabetes mellitus (GDM)/ kencing manis semasa mengandung

          Mula-mula detect GDM ni masa lepas minum air gula. Masa tu berat naik 3 kg, patutnya 2 kg je sebulan. Sbl minum air gula kena puasa semalaman. Esoknya pegi klinik, jam 8.30, ambik darah kat lengan, pastu minum air gula satu gelas besar ( huhu nangis nak habiskan T_T). 

          Then tunggu 2 jam kemudian baru ambik darah kat lengan semula. Lepas tu nurse kata boleh balik. ada problem nanti diorang call. petang tu jugak diorang call bagitau bacaan glukosa.. dan bacaannya ialah...jeng jeng jeng ..4.8/11.0 - ( bacaan masa puasa/ lepas minum ayaq gulo). Tinggi bacaan ni. Lepas tu, nurse  suruh datang balik klinik untuk pinjam glocometer dan cek darah sendiri kat rumah. Ada sesetengah tu kena datang 4 kali ke klinik untuk cek. Nasib baik klinik kelana jaya ni bagi pinjam.
          Masa pi klinik pinjam glocometer tu nurse terangkan bacaan yang normal untuk ibu mengandung. Dia bagi kertas panduan dan juga untuk catatan bacaan glukos.

          Tapi saya lebih selesa beli sendiri...dan pilihanku adalah glocometer accucheck active. Kalo kat PPUM, diorang guna accucheck performa, katanya lebih tepat bacaan. Tapi kira ok la yg saya beli ni,  murah sikit dan lebih hygienic sebab tak berkongsi. 
          Kit Accucheck Active
          Apa yang saya buat dengan gadget kesayangan terbaru ni? Haa..bermula lah episod cucuk2 jari 4 x sehari. Jangan risau, tak sakit pun :). So, ambik darah sbl sarapan, lepas sarapan 2 jam, lepas lunch 2 jam, lepas dinner 2 jam, pastu sbl tido.

          Dari situ kita dapat tau makanan apa yang patut kita makan dan makanan mana kena elak. Walaupun kita ikut nasihat pakar pemakanan, kita sendiri kena tau makanan kita camane, kena pandai- pandai adjust ikut selera dan kesesuaian badan kita. Cthnya saya tak boleh makan roti wholegrain walaupun disarankan.

          Pastu, jangan lupa bersenam untuk keluarkan peluh. Jangan senam yg berat, memadai dengan kemas bilik sendiri ke, basuh pinggan ke, jalan kaki ke...ikut kesesuaian badan kita la dan MESTI dapatkan nasihat doc sbl memulakan rejim senaman. Kalo rasa pening ke, penat sangat, kena hentikan senaman.  

          Ada jugak petua yang saya jumpa, tapi tak ingat blog mana, katanya rendam jintan manis dlm beberapa jam. Lepas tu rebus hingga air tinggal secawan. Pastu minum. Katanya, tak boleh minum selalu nanti hypoglycaemia pulak. Yang ni saya belum cuba dan Tak pasti ok ke tak utk ibu mengandung.

          Lagi satu, cuba minum air rendaman saffron atau za'faran. Lagi elok guna air yang mendidih. Masukkan   Setengah sudu teh saffron, kacau dan minum pagi dan malam. Ni yang saya amalkan sekarang di samping jaga makan.  


          Saffron jenama Tesco yang saya gunakan



          Air Saffron -setelah di rendam dalam air panas
          Kalo bacaan gula masih tinggi lepas usaha diet dan senaman dilakukan, mungkin doc akan refer ke hospital, kena cucuk insulin. Tapi jangan risau, tak sakit pun, cuma gerun je. Walaupun belum cucuk, tapi saya dah ada pengalaman cucuk hormon kat perut masa buat IUI :).  Kita kena ingat, ini utk kebaikan mama dan baby jugak.

          Yang penting jangan rasa down, gdm ni bukan salah kita 100%, tapi kegagalan insulin berfungsi akibat hormon yang dikeluarkan oleh uri mengganggu fungsi insulin kita.

          *NotaTips-tips di atas, adalah hasil pertanyaan/ perkongsian saya dengan orang yang berpengalaman. Saya bukan pengamal perubatan moden mahupun tradisional. Sebaiknya, dapatkan nasihat pakar sebelum menggunakan apa-apa kaedah. Saya tidak bertanggungjawab di atas sebarang komplikasi penggunaan kaedah seperti di atas.

          No comments:

          Post a Comment