Saturday, October 20, 2012

Belajar Berenang


"Buah cempedak di luar pagar,
  Ambil galah tolong jolokkan,
  Saya budak baru belajar,
  Kalau salah tolong tunjukkan"

Alhamdulillah, saya mulakan enti kali ini dengan serangkap pantun yang tentunya sangat-sangat dekat di hati kita. Apa kaitannya tajuk dan pantun untuk entri saya kali ni? Haaa...ni la nak habaq mai kat hangpa semua ni..hehe.

Yang sebenarnya semalam 20/10/2012 merupakan hari bersejarah buat saya. Kenapa? Sebab Kelate menang bola ke? No no no..nehiii!! Sebabnya semalam bermula kelas renang untuk saya di  Nadi Annissa Muslim Women Organisation. Apa pun sebelum tu nak ucapkan tahniah jugak la kepada The Red Warriors kerana menang berhemah dan untuk ATM juga walaupun kalah, bak kata orang tu, kalah bermaruah.

Sebenarnya, ni la kali pertama saya belajar renang. Sebelum ni tak pernah terfikir pun, walaupun kat rumah ni ada pool. Selalu tengok anak-anak je berenang, diorang memang daripada kecik lagi dah pandai, memang jenis yang tak takut air. Kepada anda yang berminat untuk belajar renang, tiada istilah terlewat, bukan sahaja budak, malah mak budak, nenek dan wanita peot jugak boleh berenang? Tak caye? Tanya la swimming instructor saya, Cik Zahra Ma'soumah..hehe. Melainkan anda ada masalah kesihatan, itu kena consult dengan tuan doktor la ye. 

Saya rasa bertuah sebab dapat instructor yang betul-betul berpengalaman sebagai perenang profesional dan pernah mengharumkan nama Malaysia. Dan tak ketinggalan jugak, orangnya comel ;).

Kelas renang kali ni ada 4 orang student, Kak Ru, Rayyan, Rin dan saya. Tak berkesempatan lagi untuk berkenalan lebih lanjut dengan Rin. Tunggu next class lah, no.phone masing-masing pun lupa ambil, cuma ada Rayyan punye aje.

Apa yang kena ada?

Of course kena ada swimming suit, goggle, dan towel. Saya pilih full suit yang tutup semua, macam kat bawah ni:


Eh, jangan terkejut, baju ni bukan hanging macam dalam gambar tu, hihihi..tapi ia labuh sampai paras paha dan menutupi punggung. Kelebihan suit ini, ia ringan, cap dijahit sekali dengan baju dan ada tali untuk ikatkan baju dan seluar. Tali ini adalah untuk mengelakkan dari terselak.

Tapi satu je yang saya tak berapa selesa dengan suit ini, sebabnya cap ni menyebabkan air bertakung di lubang telinga luar dan setiap kali naik, kena tarik sikit baru untuk keluarkan air tu. Apa-apapun, ia tidak mendatangkan masalah besar dan terpulang pada keselesaan masing-masing juga untuk memilih suit yang mana sesuai buat mereka. Kat mana nak beli? Cuba lah menjengah ke mana-mana kedai sukan, sekarang ni dah banyak yang jual Muslimah swimwear. Online pun banyak ;)..Tapi yang ini saya beli di Sogo, kalau tak silap di Tingkat 5.

Kalau Period, boleh berenang ke?

Boleh, tak jadi masalah. Tak payah pakai pad, tampon pun tak payah. Eiii.... biar betul, kang tetiba air kolam bertukar merah darah! Macam tu la reaksi kami bila Cik Zahra cakap tak ada masalah kalau period. Janji kita terus masuk kolam lepas pakai swimsuit.
Logiknya, bila kita dah masuk dalam air, tekanan yang tinggi dari air akan menghindarkan darah period dari keluar. Tapi lepas dah keluar kolam tu, cepat-cepat la pegi tandas ye..hehe..



Pelajaran Pertama

Pengalaman kali pertama ini memang la mula-mula tu ada perasaan gementar, kurang yakin, namun cepat-cepat di tepis oleh Cik Zahra. Katanya kita mestilah yakin boleh, kalau dah set kat minda tak boleh memang tak akan boleh.

Mula-mula kami di ajar tahan nafas dalam air dan kemudian hembus nafas melalui hidung. Saya pernah baca satu tips, jika seseorang ingin belajar berenag, adalah digalakkan untuk membiasakan diri dengan air dan kolam tersebut terlebih dahulu. Ini penting supaya nanti kita tahu bagaimana suhu air, kedalaman kolam dan baru lah datang keyakinan serta tidak mengalami culture shock. Satu lagi tips yang berguna, selalulah praktis bernafas melalui mulut di bawah pancuran air semasa mandi. 

Kali pertama tahan nafas, ok dan berjaya hembus melalui hidung, cikgu pesan jangan hembus kuat-kuat nanti meleleh pulak..hehe. Hembus macam biasa aje tau. Masa menyelam tu rasa macam.."eh apasal kepala tak tenggelam ni, asyik nak terapung je". Tapi cik Zahra kata ok. Mungkin sebab saya belum biasa imbangkan badan dalm air.

 Ok pass pelajaran pertama.

Pelajaran Kedua

Lepas Cik Zahra dah puas hati dengan performance pernafasan kitorang dalam air, kami pun proceeduntuk pelajaran kedua iaitu floating. Floating ni nampak senang tapi susah jugak sebenarnya.

Tangan mesti lurus dan angkat ke atas serta rapatkan. Kemudian gerakkan badan anda ke dalam air dan kedepan. Kaki mesti tolak ke depan dan bukan tolak ke atas macam nak melompat tu..hehe. First try, tak berjaya. Kali kedua, ok sikit, kali ketiga boleh la, kali keempat, dah boleh buat sebab baru faham macam mana nak tolak ke depan dengan kaki. Masalah semasa praktis ialah tak tau macam mana nak landing atau break, hehe. 

Cara dia , kita guna kedua-dua tangan dan tolak air ke bawah, selepas itu, lutut di bawa ke depan, dan kepala kita tolak ke belakang. Mungkin susah nak imagine teknik ni. Saya pun dalam banyak-banyak kali praktis, sekali sahaja yang betul-betul jadi.

Ok pass pelajaran kedua.

Pelajaran Ketiga

Untuk pelajaran ketiga ni, kami di ajar teknik breastroke. Teknik ini sesuai untuk mereka yang beru hendak belajar berenang.

Kami diajar cara frog kick. "Straight, Bend, Kick" ..tu le step-step yang nak kena hafal. Boleh lihat video di bawah untuk teknik-teknik breastroke dan frog kick.




Setelah beberapa kali praktis dengan cik Zahra, so kena la buat sendiri pulak. Kira ok la, dah faham. Alhamdulillah, rasa macam tak percaya aje boleh floating dan frog kick ni. Tak sabar untuk next class, eheheh.

Pass pelajaran ketiga ;)

Alhamdulillah untuk setakat ini. Harap-harap tips-tips yang diberikan oleh Cik Zahra ini berguna untuk anda yang baru nak belajar renang.

So, kepada sesiapa yang nak belajar berenang dengan Cik Zahra dalam suasana tertutup yakni Muslimah aje, boleh lah contact 
Nadi Annissa, 03-79321714 (Puan Yati).

Kat sini jugak ada Mini Spa, korang boleh buat urutan aromaterapi, urutan tradisinal Melayu, reflexologi dan jugak facial. Ayuh book sekarang, tempat ni memang TERBAIK PUNYE!!!

No comments:

Post a Comment