Tuesday, September 29, 2015

Curi-curi masa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Lately memang takde masa nak update blog.
Bukan takde idea..idea tu ada..tapi nak cari masa sesuai tu susah..
Takkan asyik nak curi masa kat ofis aje kan..

Kat rumah pulak banyak benda nak buat
Tu yang terlupa
Pastu sebab tak ada pc sendiri
Nak tunggu turn pc hudband free
Tu pun berebut dengan anak
Bila ada masa pulak..si kecik merengek nak tu nak ni

Ni bukan statement mengeluh tapi cuba nak cari penyelesaian
Kadang2 rugi aje ada idea tapi di biar begitu sahaja tanpa dikongsi ilmu
Pastu lama-lama lupa

Setakat ni saya dok perati kan blogger-blogger yang boleh maintain karang artikel tu
Diorang ni sebenarnya kerja kuat, kerja keras, kurang tidur
Mashaa Allah
Saya jauhhhhh lagi nak capai taraf tu
Konon..tiap2 malam bercita-cita nak bangun kul 5 pagi
Nak sahur dan puasa sunat esoknya,
Tapi setakat ni hampa,

Selalu rasa penat masa nak bangun
Tidur dah cukup 7 jam
Tapi bila bangun tidur
rasa nak tidur lagi dan lagi dan lagi

Otak  pun rasa jem dah
camane nak buat ekk?

Rasanya ni sebab kurang senaman
Pastu dok makan merapu-rapu
Takpe2 kita reset balik..jangan sedih2
Jangan risau2..up kan balik SEMANGAT ;D

Sebagai ole-ole korang yang sudi membaca celoteh tak seberapa ni, saya kasi hadiah resepi ...jeng jeng jeng

Baked Cheese Macaroni

1 paket macaroni
1 paket cheese mozarella
2 sudu besar mentega -optional
1 sudu besar olive oil -optional
1/2 tin susu cair
400-500gm  daging cincang
1 labu bawang besar
Capsicum
Garam/gula/perasa
Cendawan butang/ straw mushroom

Hiasan
Daun bawang/sup
Bawang goreng

CARA-CARA MEMBUAT
1. Rebus macaroni sehingga lembut. Sebelum merebus, masukkan sedikit garam dan minyak olive supaya macaroni tak melekat.
2.Bila dah lembut, angkat dan toskan. Ketepikan.
3.Kemudian panaskan mentega dan olive oil untuk menumis. Tumis bawang besar yang dipotong dadu atau potongan bulat atau potong ikut suka. Tumis sehingga bawang betul2 layu dan naik bau.
4. Bila dah naik bau, masukkan daging cincang atau ayam atau udang..ikut mana yang disukai.
5. Tumis sehingga daging masak dan masukkan sedikit garam dan perasa. Saya guna maggie chicken stock.
6.Masukkan cendawan dan capsicum jika suka.
7.Kemudian masukkan macaroni tadi dan gaul sebati. Masukkan perasa, garam, lada sulah, lada hitam. 
8.Bila dan sebati dan secukup rasa, masukkan susu cair dan masak lagi sehingga pekat sedikit.
9.Bila dah pekat, angkat dan masukkan dalam loyang untuk membakar.
10. Taburkan cheese mozarella dan bakar dalam oven pada suhu 200'c selama 40 minit. Opps ..sebelum membakar, tutup loyang dengan aluminium foil, dan bukak pada 20atau 15 minit terakhir utk kasi itu cheese garing :D
12. Sedap dimakan bersama sos Lingam atau sos cili thai atau makan gitu je pun boleh.


Kali ni takde gambar, tak ingat nak snap hari tu ..huhu





No comments:

Post a Comment