Tuesday, March 17, 2015

Kasihan Solat

Saya rasa terpanggil untuk menulis catatan ringkas ini.
Wahai sahabat, jangan mempermain-mainkan solatmu
Solat lah di awal waktu
Jangan kesibukan kerja membataskan dirimu untuk menghadap Allah
Lebih-lebih lagi yang bekerja
Usah solat akhir waktu
Kadang-kadang sedih lihat ada yang Solat Zohor 5 minit sebelum masuk waktu Asar
Boleh ke begitu? Boleh ke?
Rasulullah tidak pernah ajar begitu
Besar sangatkah kerja kita berbanding Solat, sampai kita permudah-mudahkan Solat?


Ada pulak yang Solat qada di rumah sahaja
Sebab tak nak cuci mekap tebal di pejabat
Allah tak terima begitu
Allah tidak terima solat yang ditinggalkan dengan sengaja
Sekadar mengingatkan sahabat-sahabat
Solat itu tiang agama
Kalau lewat-lewatkan Solat dengan sengaja bila dah masuk waktu, takut juga nanti mati sebelum sempat Solat.
Apa jadi kalau mati sebelum sempat Solat?
Anda pun tau jawapannya.
Nauzubillah.

Janganlah kita tergolong sebagai orang-orang yang meringan-ringan kan Solat 5 waktu.





No comments:

Post a Comment