Monday, November 25, 2013

Pakaian/ tudung baru dan terpakai untuk dijual

Salam Maal Hijrah,


Ada beberapa pakaian nak letgo sebab nak clear kan almari..hehe.. Ye la time shopping tak ingat ;) Ada yang baru dan juga terpakai. Yang terpakai pun masih elok lagi.Sila jamu mata spt di bawah ye. Kalau berminat, sms ke 0123716020 atau emel wfatimah@gmail.com dan nyatakan item yang diingini.


Kod : 01 Item : Blaus mawar kelabu

Saiz: Labuh 30 ", Bahu 16.5 ", Labuh Lengan 22.5", Keliling Dada 39"
Harga :RM 20 termasuk pos
Kondisi : Terpakai
Nak jual sebab dah tak muat, baru pakai sekali dan masih baru.
Ada bunga mawar kecik2 kat depan baju, sesuai pakai dengan slack atau skirt panjang.


Kod : 02Item : Jubah straight cut

Ukuran : Bahu 17", Tangan 22", Labuh 55", Keliling dada 42"
Saiz : 44
Harga : RM50 termasuk pos
Kondisi : Baru
Nak jual sebab tersalah beli yang besar, masih baru, tag pun belum bukak lagi.
Ada manik kat leher dan tangan baju. Kain sejuk dan lembut, tak tau kain apa tapi yang biasa orang buat blaus.

Kod : 03Item TWIST CHIFFON BALQIS 'L' MYSaRa daripada Nurjannah Collection

Saiz L (refer gambar saya di atas (sorry tak nampak penuh, ni gambar raya aidilfitri 2013)
Harga RM70 termasuk pos
Kondisi : Terpakai

Nak jual sebab tak ada masa nak pakai. Baru pakai sekali masa raya, tudung ni sangat cantik, labuh dan tak jarang sebab 2 layer, saya pun nampak cantik bila memakainya, hihihi. Nak pakai pegi ofis tak sesuai sebab buat keje2 teknikal.

Gambar model tu adalah gambar asal dari Nurjannah Collection, yang tu awning warna biru, saya punya warna ungu.Yang lain2 tu sama. Klik disini utk Koleksi Nurjannah, ada clearance sale sekarang.



Kod : 04Item : NURJANNAH COLLECTION ZULAIKHA "XL 

Saiz : XL
Awning Corduroy Lembut
Harga :RM 75 termasuk pos
Warna : Orange
Labuh dari dagu : 19"
Kondisi : Baru

Nak jual sebab tak ada masa nak pakai. Yang ni baru, belum pakai lagi, price tag belum bukak, tudung ni sangat cantik, labuh dan tak jarang sebab 3 layer. Nak pakai pegi ofis tak sesuai sebab buat keje2 teknikal.

Gambar model tu adalah gambar asal dari Nurjannah Collection,Klik disini utk Koleksi Nurjannah Zulaikha 



Kod : 05Item : Selendang Georgette ada batu berkilat.

Panjang : 61" atau 1.65 m
Lebar : 19.5 "
Harga : RM 30 termasuk pos
Warna : Ungu
Kondisi : Baru
Nak jual sebab tak pandai nak pakai selendang lilit. Saya beli ni kat My Shawl Garden

Kod : 06Item : Shawl Chiffon Renda.

Panjang : 72.5" atau 1.8 m
Lebar : 18 "
Harga : RM 40 termasuk pos
Warna : Turqoise
Kondisi : Baru
Nak jual sebab tak pandai nak pakai selendang lilit. Saya beli ni kat My Shawl Garden

Kod : 07Item : Shawl Chiffon Silk Bunga Reben Warna Jingga.

Panjang : 67" atau 1.7 m
Lebar : 28.5 "
Harga : RM 35 termasuk pos
Warna : Turqoise
Kondisi : Baru
Nak jual sebab tak pandai nak pakai selendang lilit. Saya beli ni kat stall kt Tropicana City Mall



Kod : 08Item : Blaus Labuci (First Lady) dan Kain Songket Thai

BAJU
Bahu: 15"
Labuh tangan: 21"
Bukaan tangan : 8.5 "
Labuh: 37"
Keliling Dada: 40"
Keliling Pinggang: 36"
Harga : RM 40 termasuk pos
Warna : Turqoise
*Baju perlu pakai dengan inner


KAIN
Labuh: 38"
Lebar: 51.5 "
*Kain jenis lilit, ada tali untuk ikat macam kain pario

HARGA SEPASANG : RM 70 termasuk pos
Nak jual sebab baju dah tak muat, saya gempal lepas bersalin ..huhu. Blaus baru pakai sekali, kain songket belum pakai. Saya beli ni kat butik First Lady.
Read More »

Thursday, September 19, 2013

Berpantang selepas bersalin


Kalau dulu-dulu zaman mak-mak dan tok nenek kita, memang kuat berpantang lepas bersalin. Pantang 44 hari, 60 hari hinggalah 100 hari.

Antara amalan berpantang yang saya tau ialah:
a) Makan nasi putih panas dengan ikan kering seperti ikan gelama, selar, tenggiri.
b) Mandi air suam
c) Tak boleh berjalan laju-laju
d) Tak boleh angkat benda berat
e) Tak boleh jejak tanah
f) Mesti berbarut, berbengkung dan berstokin
g) Bertungku, bertangas
g) Makan Jamu dan minum akar kayu

Persoalannya releven kah amalan berpantang di zaman yang serba moden ni? Nak-nak zaman sekarang ni orang-orang nya 'degil' tak dengar kata, asyik nak sangkal je apa yang tok nenek kata..hehe..dah sakit baru seksa sendiri.

Tapi pada pendapat saya kan, ada logiknya amalan berpantang ni. Saya pun bukan lah ikut 100% amalan ni, cuma ambik yang penting aje. Apa yang penting tu?

Makan
Pemakanan ni, kalo ikut tok nenek kita , memang kena makan nasi dengan ikan kering je, nak makan berkuah pun tak boleh. Seksa kan. Tapi pada pendapat saya, yang pertama sekali ikut amalan nabi kita, makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang. Makanlah apa sahaja, elakkan makanan yang kita allergic, elakkan makanan pedas dan makanan yang boleh membuatkan kita sakit perut, angin, cirit-birit dan sebagainya. Sebabnya bukan kita aje yang terseksa, silap-silap si kecik baby pun merana sebab menyusu ibu. Yang penting, setiap hidangan tu mesti seimbang dan ibu2 perlu minum susu dan air mencukupi. Jangan le minum sekali gus sampai kembung ye..kekeke..kalo dah kembung camana otot perut nak balik ke tempat asal dia. Ingat..ikut amalan Nabi Muhammad kita ;D

Berbarut/ bengkung
Pada pendapat saya yang ini tersangatlah penting. Diulang.. TERSANGAT PENTING..even untuk ibu yang bersalin caesar. Logiknya, kita pregnant 9 bulan dan rahim mengembang dengan begitu besar menyebabkan otot-otot perut terpisah (yang ni saya baca masa searching kat google, siap dia tunjuk gambar perut six pack utk kefahaman). Bila lepas bersalin, ketika otot masih lembut, kenalah kita kembalikannya pada kedudukan yang sebenar. Berbengkung dan berbarut amat membantu menyokong otot-otot perut yang menggeleber. Melaburlah untuk membeli bengkung yang bagus, tak rugi. Kita bukan setakat nak perut kempis je, tapi nak kembalikan otot-otot ke tempat asal supaya kita tidak mengalami masalah kesakitan dikemudian hari.

Ubat barut/ Minyak Sapuan
Ubat barut atau minyak sapuan yang hangat sangat membantu keselesaan perut semasa berbengkung/ barut
Sapulah krim atau minyak hangat untuk melegakan kembung, menguatkan dan menegangkan kembali otot perut. Tapi masalahnya kalau barut dengan kunyit mesti comot, terlekat pada tilam la, baju la kan. Minyak panas pulak bau dia paham-paham aje la, menusuk hidung. Saya sarankan gunalah losyen yang berbau harum seperti losyen halia atau terbaru losyen Felinna (yang ni sangat-sangat best dan berbau harum,saya tengah guna sekarang). Boleh google kebaikan losyen Felinna ni ye.

Tak boleh berjalan laju/ tak boleh jejak tanah.
Ada orang, dalam hari lagi dah shopping sana shopping sini, jalan sana jalan sini. Memanglah tempoh berpantang adalah tempoh yang sangat bosan, dengan badan yang penat dan tak cukup tido. Tapi nak sihat kenalah disiplin. Apa logiknya tak boleh jalan laju-laju? Nak kena jalan macam Geisha ke? Kepit je? Memang betul, kena jalan kepit-kepit dan sopan santun macam mula-mula mak mertua datang merisik...hehe. Sebab apa? Sebabnya masa mengandung, tulang pinggul dan otot-otot disekitarnya semua kembang2. So lepas bersalin, slowly dia akan kembali ke tempat asal. Kalo kita asyik gerak je, bila masanya otot2 tu nak kembali ke tempat asal, baru nak masuk, dah terkeluar balik. Logiknya macam orang yang accident patah tangan la. Sebab apa kena simen? Sebabnya tak nak bagi tulang bergerak-gerak, nak bagi dia bercantum balik. Ha.. macam tu la konsepnya. Bukan tak boleh gerak langsung, tapi sikit-sikit la. Kalo tak tahan sangat nak gi bershopping, sila lah bershopping online ye, hehe..NAk pesan jugak..dilarang duduk bersila, mencangkung. Kalau nak guna tandas, cari la tandas duduk ya. Please la ..hehe

Tak boleh angkat berat.
Angkat berat semasa berpantang adalah DILARANG KERAS. Boleh angkat baby je. Yang lain-lain tu minta lah tolong kat suami atau sapa-sapa yang boleh tolong angkat benda berat untuk kita. Sebab rahim kita dan otot-otot faraj masih lemah. Perasan tak bila kita angkat berat, kita menggunakan otot perut dan kita sedikit meneran dan menekan organ-organ bawah termasuk la faraj. Ini sangat lah tidak elok. Kalo diamalkan juga, otot rahim akan lemah, lantai pelvic akan lemah dan tidak dapat meyokong lagi, lama-lama rahim boleh terkeluar atau tombong.

Makan Jamu/ Akar kayu
Jamu dan akar kayu jugak penting untuk melancarkan peredaran darah, melawaskan pembuangan air kecil dan besar. Kat pasaran sekarang ni memang banyak jamu, pilihlah yang sesuai untuk ibu yang menyusu. Kadang-kadang ada juga jamu yang tak boleh diambil setiap hari, kalo tak berumah kat tandaslah jawabnya..hehe.

Supplemen
Pengambilan vitamin dan suplemen teramatlah penting untuk mengelakkan keletihan dan kelesuan. Makanlah obimin dan asid folik setiap hari. Vitamin C dan minya ikan omega 3 juga diperlukan. Kalau tak ambik suplemen ni semua, muka pucatbadan cepat lesu. Nanti asyik letih nak tido je.

Bersalin kali ni, saya tak berpeluang nak pantang betul-betul sebab dok lama kat hospital jaga baby.Baby dah dekat2 3 bulan baru lah saya pantang semula, memang agak terlambat tapi saya selalu berdoa kepada Allah, agar usaha saya ini akan menyihatkan kembali badan saya untuk beribadat kepadaNya. Saya pun baru jumpa bengkung dan losyen yang sesuai (Felinna) untuk menguatkan kembali otot2 perut saya.

Sekarang ni masih belum sihat sepenuhnya, pinggang dan punggung masih sakit, kepala kadang2 masih pening. Takpe saya akan pantang sampai sihat..Insyaallah.
Read More »

Baby di tahan di wad PPUM


Sambungan dari entry terdahulu, lepas je bersalin terus nurse hantar baby ke wad paediatric sebab nak monitor gula dalam darah baby.

Kalau ibu ada GDM, memang doc akan pantau baby dengan teliti sebabnya masa dalam kandungan mummy asyik dok bagi gula je kat baby, so insulin baby jugak akan tinggi. Bila dah bersalin, kemungkinan badan baby still keluarkan insulin yang tinggi, dan kemungkinan baby akan pengsan disebabkan hypoglesmia (gula rendah dalam darah).

Hari kedua bersalin baru le discaj dari wad bersalin, tapi kena masuk wad paed, kena jaga baby. Dan hari kedua jugak la doc kata baby kuning, agak tinggi jugak la. Doc juga sahkan baby kekurangan hormon G6PD, so mummy tak boleh makan jamu, kacang parang, sebab menyusu. Ada satu list doc bagi benda-benda yang kena elakkan. Boleh google utk details.

Tujuh hari di wad PPUM baru boleh balik, tapi esoknya kena cek darah lagi. Hai baru beberapa jam je kat rumah, kena pegi balik hospital, kuning tinggi. Nak masuk PPUM balik dah penuh, terpaksa masuk KPJ Damansara. Kat situ baby dok 3 hari bawah lampu UV. Kita pun ambik katil gak sebab senang nak menyusu nanti. 

Sakitnya badan tak boleh nak cakap, pantang pun ntah ke mana, huhu tapi demi baby tersayang, mama gagahkan juga. Emosi pun tak berapa nak stabil, rasa nak menjerit pun ada, tapi tahan je la dan selalu baca ayat-ayat Quran yang kita ingat dan tawakkal pada Allah.

Kesimpulan dari entri kali ni, kalau anda pengidap GDM, ikut lah nasihat doctor, pantau pemakanan, pantau pergerakan bayi, bila rasa baby tak active terus je jumpa doc, boleh je pegi kat emergency. Dan kalau kena bersalin awal, berdoa dan berserah lah pada Allah. Sokongan keluarga sangat-sangat lah diperlukan di saat-saat berhadapan masalah dan komplikasi.

Sekian untuk kali ni, rasa lemau je nak menulis pepagi ni , sorry ye ayat tak power ;D

Bye bye.
Read More »

Wednesday, September 11, 2013

Katil Terpakai Untuk Dijual


SORRY YE DAH SOLD OUT!


Katil terpakai untuk di jual. Masih elok. Sila tengok specs dan gambar-gambar di bawah ya. Penghantaran di sekitar lembah kelang sahaja.
Nak jual sebab tak nak katil besar, bilik pun kecik je, nak jimat space ;D 
Berminat sila contact saya, 012-3716020 atau wfatimah@gmail.com

Saiz                                         : King
Tinggi dari lantai                    : 10 inci
Tinggi kepala katil dari lantai : 39 inci
Jenis kayu                                : Kayu getah solid
Harga                                       : RM 850


Pandangan hadapan
Pandangan sisi

Dari atas


Sisi katil

Kaki katil hadapan



Sisi katil 
Read More »