Thursday, September 19, 2013

Berpantang selepas bersalin


Kalau dulu-dulu zaman mak-mak dan tok nenek kita, memang kuat berpantang lepas bersalin. Pantang 44 hari, 60 hari hinggalah 100 hari.

Antara amalan berpantang yang saya tau ialah:
a) Makan nasi putih panas dengan ikan kering seperti ikan gelama, selar, tenggiri.
b) Mandi air suam
c) Tak boleh berjalan laju-laju
d) Tak boleh angkat benda berat
e) Tak boleh jejak tanah
f) Mesti berbarut, berbengkung dan berstokin
g) Bertungku, bertangas
g) Makan Jamu dan minum akar kayu

Persoalannya releven kah amalan berpantang di zaman yang serba moden ni? Nak-nak zaman sekarang ni orang-orang nya 'degil' tak dengar kata, asyik nak sangkal je apa yang tok nenek kata..hehe..dah sakit baru seksa sendiri.

Tapi pada pendapat saya kan, ada logiknya amalan berpantang ni. Saya pun bukan lah ikut 100% amalan ni, cuma ambik yang penting aje. Apa yang penting tu?

Makan
Pemakanan ni, kalo ikut tok nenek kita , memang kena makan nasi dengan ikan kering je, nak makan berkuah pun tak boleh. Seksa kan. Tapi pada pendapat saya, yang pertama sekali ikut amalan nabi kita, makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang. Makanlah apa sahaja, elakkan makanan yang kita allergic, elakkan makanan pedas dan makanan yang boleh membuatkan kita sakit perut, angin, cirit-birit dan sebagainya. Sebabnya bukan kita aje yang terseksa, silap-silap si kecik baby pun merana sebab menyusu ibu. Yang penting, setiap hidangan tu mesti seimbang dan ibu2 perlu minum susu dan air mencukupi. Jangan le minum sekali gus sampai kembung ye..kekeke..kalo dah kembung camana otot perut nak balik ke tempat asal dia. Ingat..ikut amalan Nabi Muhammad kita ;D

Berbarut/ bengkung
Pada pendapat saya yang ini tersangatlah penting. Diulang.. TERSANGAT PENTING..even untuk ibu yang bersalin caesar. Logiknya, kita pregnant 9 bulan dan rahim mengembang dengan begitu besar menyebabkan otot-otot perut terpisah (yang ni saya baca masa searching kat google, siap dia tunjuk gambar perut six pack utk kefahaman). Bila lepas bersalin, ketika otot masih lembut, kenalah kita kembalikannya pada kedudukan yang sebenar. Berbengkung dan berbarut amat membantu menyokong otot-otot perut yang menggeleber. Melaburlah untuk membeli bengkung yang bagus, tak rugi. Kita bukan setakat nak perut kempis je, tapi nak kembalikan otot-otot ke tempat asal supaya kita tidak mengalami masalah kesakitan dikemudian hari.

Ubat barut/ Minyak Sapuan
Ubat barut atau minyak sapuan yang hangat sangat membantu keselesaan perut semasa berbengkung/ barut
Sapulah krim atau minyak hangat untuk melegakan kembung, menguatkan dan menegangkan kembali otot perut. Tapi masalahnya kalau barut dengan kunyit mesti comot, terlekat pada tilam la, baju la kan. Minyak panas pulak bau dia paham-paham aje la, menusuk hidung. Saya sarankan gunalah losyen yang berbau harum seperti losyen halia atau terbaru losyen Felinna (yang ni sangat-sangat best dan berbau harum,saya tengah guna sekarang). Boleh google kebaikan losyen Felinna ni ye.

Tak boleh berjalan laju/ tak boleh jejak tanah.
Ada orang, dalam hari lagi dah shopping sana shopping sini, jalan sana jalan sini. Memanglah tempoh berpantang adalah tempoh yang sangat bosan, dengan badan yang penat dan tak cukup tido. Tapi nak sihat kenalah disiplin. Apa logiknya tak boleh jalan laju-laju? Nak kena jalan macam Geisha ke? Kepit je? Memang betul, kena jalan kepit-kepit dan sopan santun macam mula-mula mak mertua datang merisik...hehe. Sebab apa? Sebabnya masa mengandung, tulang pinggul dan otot-otot disekitarnya semua kembang2. So lepas bersalin, slowly dia akan kembali ke tempat asal. Kalo kita asyik gerak je, bila masanya otot2 tu nak kembali ke tempat asal, baru nak masuk, dah terkeluar balik. Logiknya macam orang yang accident patah tangan la. Sebab apa kena simen? Sebabnya tak nak bagi tulang bergerak-gerak, nak bagi dia bercantum balik. Ha.. macam tu la konsepnya. Bukan tak boleh gerak langsung, tapi sikit-sikit la. Kalo tak tahan sangat nak gi bershopping, sila lah bershopping online ye, hehe..NAk pesan jugak..dilarang duduk bersila, mencangkung. Kalau nak guna tandas, cari la tandas duduk ya. Please la ..hehe

Tak boleh angkat berat.
Angkat berat semasa berpantang adalah DILARANG KERAS. Boleh angkat baby je. Yang lain-lain tu minta lah tolong kat suami atau sapa-sapa yang boleh tolong angkat benda berat untuk kita. Sebab rahim kita dan otot-otot faraj masih lemah. Perasan tak bila kita angkat berat, kita menggunakan otot perut dan kita sedikit meneran dan menekan organ-organ bawah termasuk la faraj. Ini sangat lah tidak elok. Kalo diamalkan juga, otot rahim akan lemah, lantai pelvic akan lemah dan tidak dapat meyokong lagi, lama-lama rahim boleh terkeluar atau tombong.

Makan Jamu/ Akar kayu
Jamu dan akar kayu jugak penting untuk melancarkan peredaran darah, melawaskan pembuangan air kecil dan besar. Kat pasaran sekarang ni memang banyak jamu, pilihlah yang sesuai untuk ibu yang menyusu. Kadang-kadang ada juga jamu yang tak boleh diambil setiap hari, kalo tak berumah kat tandaslah jawabnya..hehe.

Supplemen
Pengambilan vitamin dan suplemen teramatlah penting untuk mengelakkan keletihan dan kelesuan. Makanlah obimin dan asid folik setiap hari. Vitamin C dan minya ikan omega 3 juga diperlukan. Kalau tak ambik suplemen ni semua, muka pucatbadan cepat lesu. Nanti asyik letih nak tido je.

Bersalin kali ni, saya tak berpeluang nak pantang betul-betul sebab dok lama kat hospital jaga baby.Baby dah dekat2 3 bulan baru lah saya pantang semula, memang agak terlambat tapi saya selalu berdoa kepada Allah, agar usaha saya ini akan menyihatkan kembali badan saya untuk beribadat kepadaNya. Saya pun baru jumpa bengkung dan losyen yang sesuai (Felinna) untuk menguatkan kembali otot2 perut saya.

Sekarang ni masih belum sihat sepenuhnya, pinggang dan punggung masih sakit, kepala kadang2 masih pening. Takpe saya akan pantang sampai sihat..Insyaallah.

No comments:

Post a Comment