Monday, May 29, 2017

Urutan Tradisional Wanita

Assalamualaikum, Salam Ramadhan..

Kepada kakak-kakak dan ibu-ibu yang mencari perkhidmatan urutan tradisional khusus untuk WANITA SAHAJA, jangan segan-segan, contact saya untuk pertanyaan -012-3716020.

Istimewanya urutan dari saya ialah sebelum rawatan urutan dimulakan, pelanggan akan diberikan urutan reflexology (tangan/ kaki bergantung kepada keadaan pelanggan) bagi membuka dan menyediakan urat saraf untuk rawatan seterusnya agar lebih lancar dan kurang sakit.



Saya menyediakan perkhidmatan urutan seperti berikut:

A.Urut kesihatan

Urutan ini sesuai utk golongan remaja, wanita bekerja dan warga emas yang mengalami lenguh-lenguh badan, ketegangan urat, terseliuh, kebas dan sebagainya.

B.Urut postnatal/ selepas bersalin

Urutan ini merangkumi urutan melancarkan peredaran darah bagi ibu-ibu selepas bersalin seawal hari kelima bagi bersalin normal dan bagi bersalin pembedahan boleh diurut pada hari ketujuh atau sehingga ibu boleh mengiring dan selesa di urut. Urutan untuk mengaktifkan semula saraf dibuat khusus untuk ibu bersalin pembedahan.

Pakej Urutan Postnatal adalah seperti berikut:

Pakej 3 hari - RM600
  • Urut (termasuk urutan bengkak susu)
  • Tangas (sehingga pecah peluh didahi)
  • Tungku ( 1 atau 2 tungku)
  • Mandi Herba-daun herba dibekalkan

Pakej 5 hari-RM900
  • Urut (termasuk urutan bengkak susu)
  • Tangas (sehingga pecah peluh didahi)
  • Tungku  ( 1 atau 2 tungku)
  • Mandi Herba-daun herba dibekalkan
  • 1 hari urut penutup pantang- urut, tangas, sengkak, skrub, mandi aromaterapi
*Param, pilis, dan tapel disediakan
*Sitz bath atau rendaman punggung akan dibuat sekiranya ibu memerlukan untuk mempercepatkan penyembuhan luka perineum
*Dressing normal saline diberikan untuk luka czer sekiranya diperlukan
*Konsultasi penyusuan, senaman perut dan kegel akan diberikan
*Bengkung tidak disediakan, hanya akan dipakaikan sekiranya ada
*Sekiranya ibu tidak mahu ke klinik untuk suntikan heparin, saya boleh membantu anda dengan hanya caj RM5 untuk sekali suntikan.

Saya hanya mengkhususkan 1 hari 1 ibu sahaja untuk rawatan postnatal, jadi ibu-ibu berpantang usah risau kerana rawatan ini akan diberikan sebaik mungkin dan saya  tidak akan tergesa-gesa mengejar pelanggan yang lain :)

C.Urut selepas keguguran

Urutan untuk melancarkan pengeluaran darah/ sisa dari rahim dan menstabilkan hormone. Urutan ini melibatkan urut, tangas, tungku.

D.Urut kesuburan

Membantu melancarkan peredaran darah pada system pembiakan wanita. Sesuai untuk mereka yang sedang berikhtiar mendapatkan zuriat. Bagi mereka yang akan menjalani prosedur seperti IUI/ IVF atau apa-apa rawatan kesuburan, digalakkan melakukan rawatan urutan ini sebelum prosedur dijalankan, seelok-eloknya selepas period sehingga sebelum waktu subur.

Rawatan urutan ini juga membantu mengurangkan sumbatan lendir pada tiub fallopio dan memperbaiki pengaliran zat-zat dan hormone ke organ pembiakan wanita dan yang berkaitan.

D.Urut prenatal/ ibu mengandung

Urutan ini untuk memberi kelegaan dan melembutkan otot-otot yang tegang semasa kehamilan



*Caj pengangkutan adalah sebanyak RM20 bagi kawasan yang melebihi 15km dari rumah saya
*Masa urutan adalah 1 1/2- 2jam
*Sila booking awal untuk mengelakkan anda kecewa :)

No comments:

Post a Comment