Wednesday, November 16, 2016

Gulab Jamun

Assalamualaikum..
Lama tak ke udara hehe..
Nak cerita sikit je ni kang korang bz tak senpat nk baca kalo tulis panjang2 :)

Masa Deepavali hari tu kan rasa teringin sangat nak makan kuih muih manisan India tapi tak tau nak beli kat mana.

Hari ni baru berkesempatan google resepi Gulab Jamun ni. Semalam dah mintak husband belikan minyak sapi/ghee siap2..hehe

Nah..ni resepinya..resepi ori dari blog ni Rachna's Kitchen

Bahan-bahan doh
1 cawan susu tepung
1/4 cawan unsalted butter
1/2 cawan susu segar

Cara2 Membuat
1.Panaskan butter atas api perlahan sehingga cair.
2. Masukkan susu segar diikuti dgn susu tepung.
3.Kacau sehingga pekat. Angkat dan adun dgn tepung gandum.
4. uli sehingga adunan tidak melekat di tangan. Kalau melekat tambah tepung sedikit2 sehingga tidak melekat.
5. Calit sedikit minyak sapi pada tangan dan bulat2kan.
6.Resepi asal dia letak inti pistachio dan kacang gajus cincang. Saya punya kosong aje.

Bahan2 utk Sirap
1. 1 cawan gula pasir
2. 3/4cawan air.
3. 5 biji cardamom/buah pelaga
4. Safron/za'faran

Cara2 membuat.
1. Panaskan semua bahan diatas sehingga likat.

Apabila semua siap, masukkan bebola ke dalam sirap gula tadi. Biar sehingga 5-6 jam supaya sirap meresap.

Selamat mencuba :D