Salam Ramadhan
Hari ni dah 7 Ramadhan
Kali ni saya nak berkongsi sedikit maklumat berkenaan keghairahan kita dalam menyebarkan info melalui media sosial. Semoga jadi peringatan buat diri sendiri dan kawan-kawan..
Contoh-contoh info yg selalu/ biasa kita dapat melalui media sosial.
Semenjak teknologi media sosial meledak, ramai orang suka kongsi gambar-gambar, lawak jenaka la, berita dapat durian runtuh la, hadis-hadis nabi, jual produk la, testimoni dan bermacam-macam lagi.
Lepas tu kalau dapat, ramai yg rajin forward, skrg ni guna whatsapp, wechat, telegram, google plus, proses memforward tu jadi sangat cepat ...zassss gitu...dh sampai
Tapi AWAS untuk mereka yg suka sebarkan info tanpa menyatakan sumber. Kalau dapat hadis palsu, pastu yag tukang forward tu tak selidik, diforwardnya pula ke kawan-kawan lain, kawan2 lain yg dapat tu terus baca dan tak selidik, maka sangat BAHAYA sekiranya mereka menganggap benda yg palsu itu sahih. Maka disebarkan pula kepada anak cucu cicitnya.
Sekiranya tak ada sapa tegur, tak ada sapa nak betulkan, maka rangkaian info palsu/ salah ini tak akan sudah sampai bila-bila.
Jangan ambil mudah perkara ini. Di bawah ini beberapa tips yg boleh di amalkan
Tips untuk menyebarkan info melalui media sosial
- Kepada si pemula info tu, boleh lah letakkan sumber dari mana info tersebut, kalau ada kat website, sila lah letak link
- Kawan-kawan yg dapat pulak, tanggungjawab korang kena lah rajin-rajin selidik, soal balik si penghantar info tu, tanya kat mana dapat, sahih ke tak. Jangan lah terus forward je. Memang bende2 baik ni laju aje kita nak share, faham lah korang nak pahala kan. tapi kalo info yg diforward tu menipu, maka dosa pun berantai dan beranak pinak sebab tak selidik dulu, silap2 boleh jadi fitnah.
- Selalunya bila dah forward, kita ingat dah lepas dah tanggungjawab, tapi sebenarnya tidak, kita bertanggungjawab terhadap apa yg kita sebarkan. So Beware and Be Careful.
- Bila dah puas hati selidik, baru lah decide nk forward ke tak, kalo info mengarut/ menipu/palsu/ sensitif, dinasihatkan delete je, takut nanti lepas ni terforward plak. kalo benda yg sahih, silakan.
Mudah-mudahan jadi panduan kita semua. Kalau ada tips-tips lain yg berguna, silalah share atau tambahkan tips2 kat sini. Kalau ada silap, sila betulkan saya.
Semoga kita dapat pahala sama-sama BUKAN dosa sama-sama :D
Terima kasih kerana sudi membaca!
No comments:
Post a Comment