Monday, June 22, 2015

Formula Lailatul Qadar

Salam Ramadhan semua, 
Camana puasa? Harap-harap dapat menghayati dan mencapai erti sebenar puasa :D


Maha Pengasih dan Maha Penyayang Allah SWT kepada hamba-hambanya yang ingin dekat kepadaNYA.
Dianugerahkan kita dengan Malam Lailatul Qaddar yang tidak diberikan kepada umat-umat terdahulu.
Allahuakbar... ini doa Rasulullah untuk kita umatnya kerana usia kita tidak panjang untuk beribadah berbanding umat-umat terdahulu.

Cuba kita renung, malam Lailatul Qadr berada pada malam-malam ganjil 10 terakhir Ramadhan.
Sesiapa yang beribadah bersungguh-sungguh pada malam tersebut dikurniakan pahala beribadah selama seribu bulan iaitu selama 83 tahun, Mashaa Allah. Seumur hidup kita pun belum tentu dapat mengabdikan diri beribadah selama 83 tahun.

Cuba bayangkan, dari sudut Matematik, katalah kita mula berpuasa setelah akil baligh, iaitu semasa umur 15 tahun. Sekarang, katalah umur kita dah 40 tahun, maknanya kita telah berpuasa Ramadhan sebanyak 25 kali. 

Baik, mari kita renungkan lagi situasi ini. Kita telah berpuasa sebanyak 25 kali  sepanjang 25 tahun, kita telah mengabdikan diri beribadah kepada ALLAH dengan bersungguh-sungguh pada 10 malam terakhir Ramadhan. Ditakdirkan kita bertemu Lailatul Qaddar. Allahuakbar.

CUBA DARABKAN


Mashaa Allah, sedar tak sedar kita telah beribadah selama 2, 075 tahun (Dua Ribu Tujuh Puluh Lima tahun). Pernah kita bayangkan beribadah sehingga dua ribu tahun? 

Allahuakbar, sempena Ramadhan yang masih berbaki ini, REBUTLAH PELUANG INI, 
Allah dan Malaikat turun ke langit dunia, mendekati kita hambanya.

Benarlah formula Lailatul Qadar ini lambang kasih sayang Allah kepada kita, umat Nabi Muhammad SAW.
Kalau formula kita, asyik nak untung bahagian kita aje kan, tapi tidak dengan Allah, sebab Allah kasihkan kita hambanya dan kasih sayang Allah mengatasi kemurkaanNya.


Tanda malam qadar ialah :
*Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
*Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
*Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir ramadhan dengan beribadat kepada Allah SWT dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan.









No comments:

Post a Comment