Wednesday, November 18, 2015

Mesin Jahit Industri Singer

Lama tak update pasal projek jahitan. Baru-baru ini saya dapat sedikit rezeki dan Alhamdulillah saya berjaya memiliki 'baby baru' saya ni :D

Lama jugak lah dok usha-usha mesin jahit industri ni, sebab kualiti jahitan cantik dan kemas dan jugak lebih reliable dan senyap.

Setakat ni saya menjahti sebagai hobi dan ada jugak ambik tempahan dari kawan-kawan dan sedara-mara. 
Mesi jahit high speed/ industri model Singer 2591D200DD
Mesin  jahit ni adalah untuk jahit lurus sahaja dan sensuai untuk kain nipis dan sederhana tebal. Kalau tebal macam kain jeans tu sekali lipat boleh, tapi kalau anda nak jahit kain yang tebal, lebih baik guna  model 3191D200A. Kalau anda bisnes alter jeans ke better ambik model kat bawah ni :

Model 3191D200A
CARA MASUKKAN BENANG
Kalau nak tau cara-cara masukkan benang, boleh la tengok akt youtube hehe
Kat sini gambar kaku aje, bole gak la buat rujukan, kena perati betul-betul 
Saya dah zoom besau dah ni heheh

1. Masukkan benang dari tapak benang ke dalam lubang yang kecik ye, bukan yang besar tu. Guna salah satu tapak aje. Satu lagi tu kalau nak gulung benang pada bobbin.

2.Masukkan benang pada palang. Masukkan dari kiri ke kanan ye. Cuba perati betul-betul. 
Mesi jahit high speed/ industri model Singer 2591D200DD
3. Bila dah sampai sini, masukkan benang ke lubang no.1 dari atas dulu, lepas tu turun bawah naik atas semula dan masukkan dalam lubang no.3.


4. Lepas tu masukkan benang dalam thread tension tu. Jangan masuk dalam spring tu , masuk kat celah2 plate tu dan masuk dalam cangkuk baru masukkan dalam kait kat atas.


Ikut je macam dalam gambar ni



Last step sebelum masuk benang dalam jarum, pastikan benang dimasukkan dari kiri ke kanan.

Dah pass masuk benang, test jahit dulu. Kalau nak ketatkan pusing ke kanan dan untuk longgarkan pusing ke kiri, kena test sampai dapat jahitan yang kemas.

Untuk jahit baju, saya guna jarak saiz 2.5 


Pastu apa lagi nak tau ekk...mmm...haa.
Kalau nak gulung benang pada bobbin pastikan benang pada sekoci dibukak dulu dan angkat pedal kat belakang supaya tapak terangkat dan gigi feed dog tak bergerak untuk mengelakkan ia cepat rosak.

Tapi jarum memang tak boleh nak lock, dia akan gerak jugak masa kita wind the bobbin. So hati-hati sikit, kalau nak bukak jarum pun boleh jugak.


Ini la rupa projek pertama dengan 'baby baru' ni :D 




No comments:

Post a Comment