Friday, July 4, 2014

Resepi Tradisi Keluarga Saya

Setelah entri yang sedikit emo semalam (T_T), jom kita balance kan balik dengan aura-aura positif hari ini.

Masak apa untuk berbuka hari ni?

Kalau takde idea nak masak apa, jom cuba turun temurun dari ibu saya. Rasanya dalam family saya aje tau resepi ni sebab bila tanya kawan2 daerah lain diorang tak penah dengar.

Hari ni nak ajar cara masak Daging Bakok.

Tak pernah dengar kan? Masakan ni berasal dari Kelantan. Kenapa Bakok, asal dari Bangkok ke? Yang ini tak dapat lah dipastikan dengan sepasti-pastinya, mungkin ada tempias jugak la, maklum la kami ni berjiran dengan Siam, hehe. Daging Bakok ni sedap dimakan bersama nasi putih, nasi minyak atau roti/ roti canai.

Keistimewaan gulai ini ialah TAK PERLU GUNA REMPAH KARI / MASAKAN DAGING yang di beli.
Cuma guna rencah yang simple aje. Tanpa membuang masa jom, kita tengok resepi dia.


Daging Bakok


300 gram daging, di potong kiub besar-besar
10 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah(di mayang)
2 ulas bawang putih(di mayang)
1 st kas kas
1 st kunyit yang ditumbuk (kalau tak ada kunyit hidup, kunyit serbuk pun boleh)
1 st halia yang ditumbuk
2 sb air asam jawa
2 cawan santan cair rebus dgn daging
Gula melaka
Gula pasir
Garam


Cara-cara membuat

  1. Cili kering di goreng hingga garing. 
  2. Bawang merah di goreng hingga garing
  3. Bawang putih di goreng hingga garing. 
  4. Setelah semua bahan2 tadi garing, angkat dan tumbuk atau kisar. Tumbuk cili kering dahulu baru masukkan sekali bawang merah dan putih.
  5. Bila telah lumat, masukkan ia kedalam periuk bersama-sama daging, kas kas, kunyit, halia dan sedikit garam untuk bagi rasa masin sedikit pada daging..
  6. Tambahkan air ke dalam periuk dan rebus sehingga empuk anggaran dalam 40 minit bergantung pada jenis daging.
  7. Bila daging dan empuk, masukkan santan cair dan garam. Kacau lagi sehingga mula pekat, masukkan garam, gula, gula melaka dan air asam jawa secukup rasa. Masak sehingga kuah pekat dan sedikit kering.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

TADAAAAA



EH EH SALAH GAMBAR PULAK (cute kan gambar putik tembikai kat atas tu ;D , ni pun sedap di celur makan dengan nasi panas dan cicah budu, hehe)

-
-
-
-
-
-
-



Ni le lebih kurangnya gambar masakan Daging Bakok. Kenapa lebih kurang? Pasal rupanya lebih kurang daging gulai kat atas ni le. Terpaksa pinjam gambar gulai daging Terengganu Chef Hanieliza kerana masa masak hari tu lupa ambik gambar, huhu. Nanti bila dah ada gambar kita masukkan semula K! Gambar dipinjam dari Blog Sensasi. Klik di sini.

SELAMAT MENCUBA :)
Read More »

Thursday, July 3, 2014

Sebenarnya saya menangis

Saya sebenarnya menangis dalam hati..
Saya sedih dengan diri sendiri..
Saya masih belum capai Redha Allah..
Allahuakbar,
Hati tempat jatuhnya pandangan Allah,
Bila tanpa Redhanya, hati akan keluh kesah..


Mak mertua saya tinggal bersama semenjak disahkan mengidap leukimia pada April tahun ini..
Sebagai anak sulung, suami saya membuat keputusan untuk bawa Ummi mendapatkan rawatan di PPUM kerana di sini lengkap kemudahan dan juga ramai pakar.

Masa awal ditahan di wad PPUM, saya, suami, adik ipar dan bibik bergilir-gilir menemani Ummi.

Mak dan kakak saya juga dating melawat semasa di hospital.

Rakan-rakan saya juga maklum hal ini kerana saya kerap mengambil cuti rehat untuk menjaga Ummi di hospital.

Kesihatan Ummi lebih baik dari semasa mula-mula dikejarkan ke hospital. Alhamdulillah. Ummi telah dibenarkan keluar wad setelah 2 minggu mendapatkan rawatan.

Rakan-rakan dan saudara-mara Ummi sering datang melawat. Terubat jugak lah kejemuan dan keresahan Ummi.

Kenapa saya menangis?
Tangis saya tak kelihatan.

Sebenarnya saya tidak banyak membantu menjaga Ummi semasa dia sakit, yang jaga makan minumnya adalah Bibik, yang banyak menemaninya adalah suami dan adik ipar.

Allahuakbar, ada rakan memuji kesanggupan saya berkorban untuk mengambil cuti tanpa gaji bagi menjaga Ummi. Namun oleh kerana kesihatan Ummi beransur baik pada ketika itu, saya tidak jadi mengambil cuti kerana kekangan kewangan.

Saya sungguh tidak layak untuk pujian itu.

Saya kadangkala bertentang mata dengan Ummi pun segan atau kurang selesa, apatah lagi untuk berbual-bual mesra.

Mana kasih sayang saya?
Bagaimana untuk dikasihi sekiranya saya sendiri kurang mengasihi..

Mak mertua pun emak juga, selayaknya dia di layan seperti emak

Tapi saya belum sampai tahap itu.
Astaghfirullah..

Ramadhan ini saya cuba sedaya upaya.
Sekadar renungan untuk rakan-rakan yang sudi membaca coretan ini, jika ingin disayangi, berilah kasih sayang sepenuhnya kepada insan yang kita ingin disayangi kembali.

Leburkanlah dendam dan irihati.

Tak ke mana kita, kelak akan dijemput kembali kepadaNYA.
Read More »

Friday, June 20, 2014

Entri Ringkas Sebelum Maghrib

Sambil-sambil tunggu Maghrib, mari kita berfikir sejenak...
Ramadhan dah semakin hampir..
Dah buat persediaan? Dah bersedia? Nak buat persediaan macam mana?

Rasanya kalau setakat menahan makan dan minum aje takde masalah, non-muslim pun boleh puasa, tak bangun sahur pun takde masalah.

Saya teringat pesan Ustaz dlm rancangan di radio IKIMfm tentang bagaimana kita nak menjadikan Ramadhan ini sebagai titik tolak perubahan dalam diri ke arah lebih diredhai Allah.

Jawapan dia cukup ringkas iaitu, BUATLAH CATATAN

Nak buat catatan apa?

Catatlah apa yang kita nak ubah tentang diri kita
Kemudian, coretkan harapan kita, kita nak diri kita jadi macam mana
Dan biarlah apa yang kita catatkan itu sentiasa kita baca, kita muhasabah
Kalau tak berjaya jadi sepertio yang kita cita-citakan, usaha lagi
Lebih baik tersungkur dalam berusaha dari tidak berusaha langsung


Sekia, jom solat Maghrib :D



Read More »

Monday, June 16, 2014

Kenapa BerBlog?


Ada orang berblog untuk luahkan perasaan
Ada orang berblog untuk carik makan
Ada jugak untuk menjadikan blog ini sebagai cara menyampaikan nasihat
Yang jual barang pun berlambak-lambak
Dan macam-macam lagi tujuan

Tujuan utama blog Aku Dan Tulisan ni lebih kepada untuk menjadi Nota rujukan kepada saya diri saya sendiri.

Kadang-kadang ilham itu datang secara tiba-tiba, tengah drive sambil-sambil dengar radio IKIM, tengah mandi, sambil makan, sambil baca blog orang lain atau sambil tengok berita tv isu-isu semasa.

Ilham itu datang tidak menentu. Dan saya akan jadi sangat ralat kalau tak terjemahkan ia ke dalam bentuk penulisan. Rugi..sbb kadang-kadang apa yg kita dengar itu sangat menyentuh perasaan dan kita rasa sangat rugi kalau tak merakamkannya supaya kita selalu ingat.

Dan kita akan dapat BONUS bila ada mereka yang sudi membaca coretan di blog kita yang tak seberapa ini. Perasaan itu, agar biarlah mereka yang membaca blog ini mendapat manfaat. Setidak-tidaknya kalau ada yang mencuit hati, agar dapat menceriakan mood.

Pernah jugak terfikir nak buat ala-ala wasiat, hehe. Supaya bila kita dah takde kat dunia nanti, anak-anak boleh baca, dia akan faham isi hati mak dia, dia akan tau apa tersirat di lubuk hati mak dia ni, heheh.

So, berblog ni banyak manfaatnya, kita dapat asah kemahiran menulis. Baca lah blog-blog pelbagai untuk dapatkan idea, jangan baca blog merapu udah le ;D

Apa-apa sahaja topik yang sesuai, kalau takde idea nak menulis pun, itu jugak satu idea :)

Sesungguhnya mata pena itu, lebih tajam dari mata pedang, itu lah kuasa yang ada pada seorang penulis. hasil penulisan yang baik mampu meninggalkan kesan di hati pembaca.

Tak heran la kalau blogger terkenal mampu meraih follower sampai satu juta atau lebih. Hmm layankan aje lah dik non oii blog akak ni, ni pun sebenarnya takde idea, kekekeke.

Nah! Kat bawah ni ada resepi kebab sebagai ole-ole untuk korang yang sudi baca entri kali ni

KEBAB AYAM/ CHICKEN WRAPS


BAHAN-BAHAN
2-3 keping isi ayam
Sos lada hitam
Sos barbecue
Sos Cili
Mayonais
Lettuce
Cheese
Mission Wraps (saya suka guna perasa Garlic)

CARA-CARA MEMBUAT

  1. Perapkan isi ayam bersama sos lada hitam dan sedikit sos barbecue. Agak-agak selera anda, kalau letak terlebih nanti terlalu masin. Ataupun boleh letak sos perap ayam Lee Kum Kee pun boleh jugak, ikut selera anda. Biarkan selama setengah jam.
  2.  Kemudian, sapukan sedikit minyak zaitun pada kuali dan grill isi ayam hingga masak.
  3. Bila dah masak, potong-potongkan isi ayam tersebut dan letakkan dalam wraps sebagai inti.
  4. Letakkan sedikit sos cili, mayonaise dan lettuce. Nak letak cheese pun boleh jugak.
  5. Kemudian lipatkan wraps supaya inti tidak terkeluar.
  6. Bakar semula wraps berisi ayam itu dalam kuali tanpa minyak.
  7. Bakar hingga garing, api kecik aje, nanti takut hangit.
  8. Bila dah garing, balikkan dengan berhati-hati untuk bakar yang sebelah lagi.
  9. Bila dah masak, angkat dan hidangkan.
SELAMAT MENCUBA ;D


Grill isi ayam hingga masak
Potong kecil-kecil
Letak inti atas wrap, letak sos cili dan mayonaise secukup rasa


Lipat dan bakar sehingga garing

Dah kena ngapp!!





Read More »