Thursday, July 3, 2014

Sebenarnya saya menangis

Saya sebenarnya menangis dalam hati..
Saya sedih dengan diri sendiri..
Saya masih belum capai Redha Allah..
Allahuakbar,
Hati tempat jatuhnya pandangan Allah,
Bila tanpa Redhanya, hati akan keluh kesah..


Mak mertua saya tinggal bersama semenjak disahkan mengidap leukimia pada April tahun ini..
Sebagai anak sulung, suami saya membuat keputusan untuk bawa Ummi mendapatkan rawatan di PPUM kerana di sini lengkap kemudahan dan juga ramai pakar.

Masa awal ditahan di wad PPUM, saya, suami, adik ipar dan bibik bergilir-gilir menemani Ummi.

Mak dan kakak saya juga dating melawat semasa di hospital.

Rakan-rakan saya juga maklum hal ini kerana saya kerap mengambil cuti rehat untuk menjaga Ummi di hospital.

Kesihatan Ummi lebih baik dari semasa mula-mula dikejarkan ke hospital. Alhamdulillah. Ummi telah dibenarkan keluar wad setelah 2 minggu mendapatkan rawatan.

Rakan-rakan dan saudara-mara Ummi sering datang melawat. Terubat jugak lah kejemuan dan keresahan Ummi.

Kenapa saya menangis?
Tangis saya tak kelihatan.

Sebenarnya saya tidak banyak membantu menjaga Ummi semasa dia sakit, yang jaga makan minumnya adalah Bibik, yang banyak menemaninya adalah suami dan adik ipar.

Allahuakbar, ada rakan memuji kesanggupan saya berkorban untuk mengambil cuti tanpa gaji bagi menjaga Ummi. Namun oleh kerana kesihatan Ummi beransur baik pada ketika itu, saya tidak jadi mengambil cuti kerana kekangan kewangan.

Saya sungguh tidak layak untuk pujian itu.

Saya kadangkala bertentang mata dengan Ummi pun segan atau kurang selesa, apatah lagi untuk berbual-bual mesra.

Mana kasih sayang saya?
Bagaimana untuk dikasihi sekiranya saya sendiri kurang mengasihi..

Mak mertua pun emak juga, selayaknya dia di layan seperti emak

Tapi saya belum sampai tahap itu.
Astaghfirullah..

Ramadhan ini saya cuba sedaya upaya.
Sekadar renungan untuk rakan-rakan yang sudi membaca coretan ini, jika ingin disayangi, berilah kasih sayang sepenuhnya kepada insan yang kita ingin disayangi kembali.

Leburkanlah dendam dan irihati.

Tak ke mana kita, kelak akan dijemput kembali kepadaNYA.

No comments:

Post a Comment