Tuesday, December 9, 2014

Resepi Lasagna

Rasanya dah dekat tiga minggu nak post entri untuk resepi Lasagna..
Sebab kesuntukan masa, maka terperap ajelah dalam draft :D

Sebenarnya dah banyak kali buat lasagna, yang sebelum-sebelum ni tak excited nak post kat blog, sebab main belasah je

Kali ni special sikit sebab buat ikut step yang betul dan hasilnya pun sangat puas hati dan sedap :D

Lasagne


Bahan-bahan Asas
Kepingan lasagna - saya guna San Remo
Mozarella Cheese untuk tabur diatas lasagna
Sos daging - rujuk resepi di bawah
Sos putih - rujuk resepi di bawah

Bahan-bahan sos daging cincang
Bawang putih
400 gm daging cincang
Sos spageti Kimball
Gula dan garam
Serbuk perasa

Bahan-bahan sos keju
2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
2 cawan susu segar
Parmesan Cheese
Cheesedale Cheddar Cheese

Cara-cara membuatnya

  1. Rendam kepingan lasagna dalam air suam panas dan campur sedikit minyak zaitun supaya tidak melekat
  2. Sementara menunggu kepingan lasagna lembut, bolehlah sediakan sos daging dan sos keju


Cara-cara membuat sos daging

  1. Tumis 2 ulas bawang putih yang diketuk menggunakan minyak zaitun
  2. Bila sudah naik bau, masukkan daging cincang
  3. Kacau sehingga daging masak
  4. Bila daging sudah masak, masukkan sos spageti Kimball
  5. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
  6. Masak sehingga sos naik minyak, tapi tak perlu sehingga kering


Cara-cara membuat sos keju

  1. Panaskan mentega atas api yang sederhana
  2. Kemudian, masukkan tepung gandum dan kacau sehingga sebati
  3. Matikan api, dan masukkan susu segar. Kacau rata
  4. Buka semula api perlahan, masukkan keju cheesedale yang telah dicarikkan
  5. Kacau sehingga sebati dan masukkan sedikit serbuk lada putih dan garam. Boleh juga masukkan parsley flake jika suka.
  6. Tutup api dan kacau lagi, jika sos terlalu likat, boleh tambah air panas supaya cair sedikit.


Cara-cara menyusun dan membakar

  1. Panaskan oven pada suhu 190 darjah celcius.
  2. Sediakan loyang empat segi. Saya gunakan loyang bersaiz 9"x 9". Lengserkan dengan minyak zaitun.
  3. Letakkan lapisan sos daging, diikuti dengan sos keju dan kepingan lasagna. Pastikan sos tersebut melitupi sepenuhnya kepingan lasagna.
  4. Ulang lapisan tersebut sehingga habis.
  5. Lapisan paling atas saya tak letak kepingan lasagna tetapi di tabur dengan mozarella cheese.
  6. Apabila dah siap melapis-lapis, tutup lasagna dengan aluminium foil.
  7. Bakar selama 20 minit. Setelah dibakar 15 minit, buka aluminium foil dan bakar lagi selama 5 minit. Ini adalah supaya lapisan keju garing dan keperang-perangan.


Nah dah siap pun.

Tips semasa memasak lasagna
*Rendam dulu kepingan lasagna sebelum dimasak supaya tidak keras, sebab kadang-kadang  
  mungkin sos kita tak cukup banyak moisture untuk melembutkan kepingan tersebut.
*Kalau nak rebus boleh, tapi jangan sampai lembik, agak-agak separuh masak je.
*Jangan letak terlalu banyak garam dalam sos keju, sebab keju kan dah masin
*Tutup dengan aluminium foil sebelum membakar untuk mengekalkan kelembapannya agar
  kepingan lasagna lembut dan masak sekata. Kalau nak lasagna anda sedap dan cantik, step yang ini
  tak boleh ingkar :D

SELAMAT MENCUBA :D




Read More »

Tuesday, November 25, 2014

Resepi Buat Comforter

Saya ada resepi senang untuk jahit comforter..
Caranya, beli fiber dengan ketebalan 3/4 inchi, saiz 2 meter, bidang 80inci..
Pastu balik rumah, perap dalam almari selama 2 tahun..
Lepas 2 tahun, bukak balik almari tadi dan tadaaa.....dah jadi Comforter :D
ehehehehe..jangan marah ye, saja je nak nyakat  :p

Asalnya saya ni tersalah beli fiber..
Kononnya nak jahit totebag ..
Kemain lagi pegi Subang Jaya beli fiber..
Balik rumah tengok-tengok.. eh apasal tebal sangat fiber ni..betul ke untuk buat totebag ni.. aduss..
Lebih kurang tebal macam ni la fiber yang saya beli tu...

Gambar dari Cutie Baby Bedding
Kan..mana sesuai buat totebag :-\
Pastu terperap lah fiber tu dalam almari selama lebih kurang dua tahun..tak tau nak buat apa..huhuhu..

Tetiba last week tertengok lah kain cotton untuk cadar yang cantik-cantik dan berkualiti pada harga berbaloi kat fb WsnAini Aini

Dari situ timbul idea nak buat comforter demi mengenangkan fiber yang sikit je lagi nak jadi hantu bungkus kat dalam almari tu..huhu. Saya beli kain 5 meter, cukup untuk satu comforter king size dan 2 biji sarung bantal. Pastu kan, cadar takde, lupa nak beli kain lebih untuk cadar, kekekeke..
Takpe lah, nanti lain kali projek jahit fitted bedsheet pulak..

Ni lah hasilnya

Kain cotton ni cantik dan sejuk, bidang 96 inci


Ok kot ekk utk first timer cam saya ni.hihih



Si kaki tembam dah rasmi dulu..

Pemilik si kaki tembam...kelass gitu  mak :)

Tips Nak jahit comforter (bagi yang baru nak blaja)


  • Kena ada walking foot - mesin jahit saya takde, so agak beralunlah kain tu sebab masa jahit tu kain kena tolak sendiri :)
  • Kalau untuk guna sendiri, senget sikit pun takpe, bukan orang perasan pun, but practice makes perfect, always aim for the best quality
  • Cuba belajar dari google atau youtube, tak pun ramai tanya je otai-otai kita yang sudi kongsi ilmu jahitan




Ada rupa LV ori macam kat bawah ni tak :P

LOUIS VUITTON SATIN BED SHEET SET

Terima kasih kerana sudi membaca.
Read More »

Thursday, November 6, 2014

Gigi Sepanjang Hayat



 Salam Jumaat

Saya masih ingat lagi sewaktu di Tingkatan 1 kalau tak silap, seorang doktor gigi yang datang melawat sekolah saya masa tu memberikan ceramah bertajuk Gigi Sepanjang Hayat.
Gigi kanak-kanak & gigi dewasa - Gambar dari Konsep Biologi

Apa maksud gigi sepanjang hayat ni.

Sepanjang hayat kita, Allah membekalkan kita hanya dengan 2 set gigi iaitu gigi susu dan gigi kekal. Gigi susu mula tumbuh apabila usia bayi 5 bulan ke atas (kebanyakannya), apabila gigi susu sudah tercabut, sekitar usia kanak-kanak 5-12 tahun, maka gigi kekal akan tumbuh.

Gigi kekal inilah yang akan kita gunakan sepanjang hayat kita. Bayangkan gigi kekal kita yang tumbuh waktu sekolah rendah, nak di gunapakai sampailah tua, kalau boleh di usia emas tu tak nak lah pakai gigi plastik :)

Gigi sangat memainkan peranan yang penting walaupun kadang-kadang kita tak perasan pun yg gigi kita ni sedang bekerja kan (sebenarnya masih banyak  ttg diri kita yang kita tak perasan).

Bila gigi dah sakit mulalah gelabah, satu bende pun tak boleh buat, yang sakit cuma sebatang, tapi perasaan tu macam sakit sampai ke otak, huii itu le penangan sakit gigi.

Jadi sebelum penyakit gigi yang lebih kronik, baik lah kita mula menjaganya. Kalau tanya orang, awak jaga tak kesihatan gigi? Confirm semua orang jawab ye ( malu le tu :) 

Tapi tak semua orang tahu jaga kesihatan gigi dengan betul. Tak kata orang lain, saya sendiri pun perasan jaga gigi dengan betul, padahal kalau di cek gusi dan gigi satu persatu Masha Allah, aku ni dah nak kena periodontis rupanya TT.


Periodontis - Gambar dari Institute of Dental Implants & Periodontics


Periodontis ni kan gusi kita tu macam dah kena ngap, dah menipis dah, gigi nampak lagi panjang sampai akar gigi pun boleh nampak, huhu.

Kebanyakan orang beranggapan kalau dah gosok gigi 3 kali sehari tu dah memadai utk jaga kesihatan gigi, tapi kalau Rasulullah dia akan bersugi setiap kali sebelum solat, hmmm.

Saya dengki dengan suami saya sebab gigi dia tak ada periodontis, elok je. Kalau tengok regime penjagaan gigi dia, dia memang spent masa lama jugak la menyolek gigi. Kita perempuan ni menyolek muka ke berejama-jam :)

Apa yang suami saya buat?

  • Guna berus gigi lembut
  • Tukar berus gigi sekurang-kurangnya 3 bulan sekali
  • Kalau boleh guna berus gigi elektrik untuk lebih bersih
  • Kumur dengan ubat kumur (listerine ke, colgate ke)
  • Flos
  • Lepas makan mesti berkumur dan cungkil gigi
  • Jumpa doktor gigi untuk buat routine check 6 bulan sekali
Floss

Pencungkil gigi dgn berus


Walaupun gigi dia berlapis, tapi memang bersih. Gusi pun nampak sihat, takde la nampak kena ngap macam gusi saya ni.

Jadi jagalah gigi kita supaya boleh pakai sampai tua kerana gigi yang ori itu lebih seksi dari gigi plastik. Jangan marah aa :D

Terima kasih kerana sudi membaca


Hai..


Read More »

Thursday, August 28, 2014

Teringat Kenangan Lalu

Masa kecik-kecik dulu kakak saya pernah kata saya cicit kesayangan moyang sebelah mak saya. Kami panggil dia Nyai Yam atau dalam dialek Kelantan Nye Yea (pandai ke tak korang pronounce tu..kikiki)

Waktu saya kecik dulu seingat saya usia dia mungkin dah dekat 100 tahun melihatkan susuk badannya yang dah bongkok. Tapi kalau lihat dalam IC dilahirkan tahun 1914. Maknanya kalau dia ada lagi, usianya sekarang 100 tahun.

Nyai kesayangan saya ni baik dan sangat rajin orangnya. Rambutnya panjang dan selalu di sanggul rapi. Saya masih ingat lagi pernah bercita-cita nak cabut semua ubannya supaya tinggal rambut hitam je...kikiki.. sebab nak bagi Nyai cantik.

Kalau dia ada kat rumah saya memang tak boleh dok diam, dalam keadaan terbongkok-bongkok tu gagah dia ambil cangkul semata-mata nak 'mengumput'. Korang tau tak mengumput tu apa? hehehe.
Mengumput tu maksudnya membuang rumput-rampai di halaman rumah, hehehe ..ni istilah dalam bahasa Kelate nih..jangan marah aaa :)

Selain tu, dia suka buat kuih tradisional. Dulu dia tinggal dengan nenek saya (emak kpd emak saya) di Kampung Pulau Gajah.

Kalau pegi rumah dia, ada aje kuih tradisional yang dia buat spt tepung bungkus, tepung boko, tepung boko ubi kayu, ketupat palas dan macam-macam lagi kuih tradisional. FYI kuih-kuih ni semua kuih tradisional kelantan yang diperbuat dari tepung beras, ada yang di buat dari tepung ubi kayu dan kuih-kuih ni semua manis-manis belaka.

Waktu tu dia masih menggunakan alat pengisar tradisional macam kat bawah ni utk kisar beras. Gigih kan. Zaman sekarang lagi ada lagi ke org guna?
Gambar dari blog Evolusi Anak Timur

Masa mak saya melahirkan adik lelaki saya, dia juga sempat jaga mak saya dalam pantang. Waktu tu saya darjah empat.

Saya masih ingat, saya suka tengok dia urut dan tungku mak saya masa dalam pantang. 

Mengikut cerita mak saya, Nyai ni dah 8 kali kawin cerai, tak pasti pulak yang mana satu ayah nenek saya sebab tak pernah di ceritakan.

Mak kata, Nyai di zaman mudanya seorang yang lawa, putih melepak dan tinggi lampai. Kakak saya yang sulung memang ikut dia sebijik, paling lawa dalam adik beradik kami (kakak-kakakku yg lain pun lawa gaks..hehe).

Dia juga ajar budak-budak kat kampung mengaji Quran. Dia memang rajin mengaji.

Pendek kata sepanjang kenal dia, saya hanya nampak yang baik aje. 

Sekarang dia dah tak ada, dia meninggal akibat sakit tua sewaktu saya di Tingkatan 3 kalau tak silap tahun 1994. Saya tak sempat jumpa dia buat kali terakhir.

Allah lebih menyayanginya. 

Saya tidak pernah melawat kubur arwah kerana tidak tahu yang mana satu sebab tak pernah di bawa ke sana. Kubur arwah ayah saya yang meninggal 13 tahun lepas pun baru pegi 3 kali aje. 

Semenjak kawin, saya dah tak dapat peluang untuk ziarah kubur saudara-mara sebelah saya.

Saya selalu berdoa agar Allah cucuri rahmatNya ke atas roh ahli keluarga saya yang telah pergi dahului.

Damailah saudara-saudaraku di sana, kelak aku akan menyusul jua.

Al-Fatihah..

Thanks for reading :)


Read More »