Thursday, June 12, 2014

Saya Mahu Doodle Dayangdeno :D

klik banner untuk penyertaan

**Perhatian
  • 30 Pemenang dicari
  • Setiap pemenang akan mendapat sepasang doodle *seperti yang terdapat pada gambar
  • Cara pemilihan pemenang melalui Random.org 


Tamat : 11.59malam @15 Jun 2014

Read More »

Sunday, May 25, 2014

Nak Cantik??

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Sapa nak cantik sila angkat tangan!!
Rasa-rasanya semua orang nak cantik, takde pun orang nak buruk dari segi rupa paras.

Seiring dengan ke'desperate'an terutamanya kaum WANITA yang ingin kelihatan cantik sempurna rupa paras, maka berjuta-jutaan produk kecantikan dilambakkan di pasaran

Sebut aje, nak putih, ada Glutha, nak anjal, ada kolagen, nak kurus, ada jamu kurus.
Pendek kata ada aje produk yang macam magic boleh mengubah 'ugly duckling' kepada 'beautiful swan' dalam masa yang singkat.

Ada juga yang sanggup ketepikan keselamatan produk demi nak cantik dengan cepat.

Tapi sedarkah kita produk-produk sebegini amat BAHAYA walaupun dikatakan selamat.

Nak anjal, montok, gebu gebas? Produk sebegini mungkin mengandungi hormon estrogen yang tinggi, sedangkan dalam badan seseorang wanita itu, Allah dah aturkan pengeluaran hormon tertentu mengikut tempoh tertentu, kecuali orang yang mengalami masalah ketidak seimbangan hormon. Tak takut ke nanti dapat kanser payudara?

Satu lagi yang nak kemain lagi nak putih.
Sanggup telan pil dan minuman pemutih untuk putihkan seluruh badan, walau di celah-celah. Memang kulit jadi putih, tapi sebenarnya ia mendatangkan lebih banyak mudarat dari manfaat. Bila kulit dah putih, melanin yang bertindak sebagai penapis sinar merbahaya seperti UV akan berkurangan, jadi, kulit kita kurang perlindungan dan boleh menyebabkan kanser kulit. Untuk maklumat lanjut boleh baca di sini.

Jadi sebelum ambil keputusan untuk mengambil produk-produk ini ada baiknya selidik dulu kandungannya, Ada baiknya juga jika kita mendapat pandangan dari Doktor sebenar, bukan doktor facebook atau doktor google.

Tidak salah untuk berhabis duit untuk cantik jika mampu, namun sesungguhnya kecantikan HATI itulah yang sebenar-benarnya yang perlu dititiberatkan.

Kalau anda nak cuba skincare MARY KAY yang selamat, sila klik di sini






Read More »

Thursday, April 24, 2014

Pagi Khamis Itu

Allahuakbar,
Hari ini hujan, dari malam lagi hujan lebat, masa hantar anak ke sekolah pagi tadi pun masih rintik-rintik besar.

Agak lambat sampai ke pejabat hari ni, sebab memang keluar lambat sikit, hmm macam biasa la, menunggu Tuan Umar bersiap.

Selesai hantar ke sekolah anakanda berdua itu, menuju ke office pula, sambil-sambil memandu, sambil-sambil mendengar Motivasi Pagi di radio IKIMfm.

Jalan ke Damansara seperti biasa jem, almaklum pembinaan MRT dengan tagline nya "Kesulitan Hari Ini Kesenangan Masa Hadapan", Insyaallah kita tuntut janji tersebut, hehe.

Tapi hari ini jemnya lain macam sikit, rupa-rupanya ada bas kilang tak bergerak di tengah-tengah jalan di Pusat Bandar Damansara, gayanya macam kehabisan minyak, sebab nampak sorang Macha pegang satu tong kat situ. Ish ish ish...jom berbaik sangka.

Dah skip bas kilang, Alhamdulillah, trafik lancar seperti biasa, menuju pula ke Mahameru, tiba di Jalan Parlimen, jalan agak licin, kesian sorang awek terbalik motornya, rasanya penjawat awam melihatkan baju batik yang dipakai di hari Khamis.

Alhamdulillah, abang-abang motor ramai membantu, rasanya mungkin takde apa-apa kecederaan kot.

Teruskan lagi memandu, jam dah 7.55 am. Sampai di traffic light bank rakyat dah pukul 8.00 am, pasrah aje lah lambat.

Akhirnya sampai juga di pejabat jam 8.15 am lebih kurang. Suasana sama aje dengan semalam.

Tiba-tiba telinga tertangkap perbualan, "Anaknya dah meninggal pagi tadi.." Dalam hati, anak sapa? Tak mau menyampuk, tanya kemudian lah.

Berita di pagi Khamis yang redup, anak rakan sejabatan berusia 6 bulan telah meninggal dunia.

Innalillahi wainna Ilaihi raajiun, baby girl yang comel itu telah ke Syurga. Dia tunggu mama dan papa dia di Syurga

Allah lebih menyayanginya

Allahuakbar..

Apakah episod hidup kita yang seterusnya?





Read More »

Monday, April 21, 2014

Sebenarnya ada Mr Bean dalam diri kita

Sebenarnya dalam diri setiap kita ini ada jelmaan Mr Bean. Tak percaya?



Cuba fikir, dalam satu ketika tu ada tak kita pernah buat tindakan-tindakan ni:

  1. Kita tak tahu, tapi tak nak bertanya, pulak tu tak nak mengaku tak tahu atau lebih tepat, bodoh sombong
  2. Kita malu tidak bertempat, kadang-kadang kita sebenarnya tak tahu malu
  3. Kita buat kerja acuh tak acuh, asal jadi aje
  4. Kita pentingkan diri sendiri, tanpa menghiraukan kesan tindakan kita kepada orang lain 
  5. Cuai
  6. Kedekut
  7. Suka mengambil kesempatan
  8. Bangga diri dan sombong
  9. Dan banyak lagi...


Haa kan dah kena batang hidung sendiri. Tak mengaku?

Cuba cek, semak diri masing-masing, kalau ada sikap macam ni, kena muhasabah diri kita sebelum 'melekat' dalam diri.
Kalau jadi tabiat susah nak buang. benda salah rasa betul, dan yang betul rasa salah.
Kesannya, kita akan susah berubah dan berperangai baik. 
Takut-takut Allah murka, takut-takut Nabi Muhammad tak suka, takut-takut juga langit, bumi, lautan, malaikat dan sesisi makhluk mendoakan yang tidak baik terhadap kita oleh sikap-sikap buruk kita.
Nauzubillah.




Read More »