Thursday, April 24, 2014

Pagi Khamis Itu

Allahuakbar,
Hari ini hujan, dari malam lagi hujan lebat, masa hantar anak ke sekolah pagi tadi pun masih rintik-rintik besar.

Agak lambat sampai ke pejabat hari ni, sebab memang keluar lambat sikit, hmm macam biasa la, menunggu Tuan Umar bersiap.

Selesai hantar ke sekolah anakanda berdua itu, menuju ke office pula, sambil-sambil memandu, sambil-sambil mendengar Motivasi Pagi di radio IKIMfm.

Jalan ke Damansara seperti biasa jem, almaklum pembinaan MRT dengan tagline nya "Kesulitan Hari Ini Kesenangan Masa Hadapan", Insyaallah kita tuntut janji tersebut, hehe.

Tapi hari ini jemnya lain macam sikit, rupa-rupanya ada bas kilang tak bergerak di tengah-tengah jalan di Pusat Bandar Damansara, gayanya macam kehabisan minyak, sebab nampak sorang Macha pegang satu tong kat situ. Ish ish ish...jom berbaik sangka.

Dah skip bas kilang, Alhamdulillah, trafik lancar seperti biasa, menuju pula ke Mahameru, tiba di Jalan Parlimen, jalan agak licin, kesian sorang awek terbalik motornya, rasanya penjawat awam melihatkan baju batik yang dipakai di hari Khamis.

Alhamdulillah, abang-abang motor ramai membantu, rasanya mungkin takde apa-apa kecederaan kot.

Teruskan lagi memandu, jam dah 7.55 am. Sampai di traffic light bank rakyat dah pukul 8.00 am, pasrah aje lah lambat.

Akhirnya sampai juga di pejabat jam 8.15 am lebih kurang. Suasana sama aje dengan semalam.

Tiba-tiba telinga tertangkap perbualan, "Anaknya dah meninggal pagi tadi.." Dalam hati, anak sapa? Tak mau menyampuk, tanya kemudian lah.

Berita di pagi Khamis yang redup, anak rakan sejabatan berusia 6 bulan telah meninggal dunia.

Innalillahi wainna Ilaihi raajiun, baby girl yang comel itu telah ke Syurga. Dia tunggu mama dan papa dia di Syurga

Allah lebih menyayanginya

Allahuakbar..

Apakah episod hidup kita yang seterusnya?





No comments:

Post a Comment