Tuesday, April 28, 2015

Sekolah untuk Adam

Assalamualaikum,
Khabar apa hari ini?

Pernah tengok tak cerita CJ7 tak?
Kisah Stephen Chow dengan anak dia yang miskin.

CJ7

Best cerita ni, lucu dan sedih
Ayah dia kerja buruh di tapak pembinaan, tapi bercita-cita menghantar anaknya ke sekolah elite.
Sebab nak anak dia, Dicky jadi pandai dan tak jadi seperti dia, miskin.

Ada persamaan antara saya dan bapak Dicky iaitu kami mahu pendidikan terbaik untuk anak-anak.

Tahun ini, Adam, anak saya yang sulung akan menduduki UPSR, bermakna tahun akhir dia di sekolah rendah.

Untuk ke Tingkatan 1 tahun depan, saya berhasrat menghantarnya ke sekolah Khalifah Model Secondary School atau KMSS, di mana Ustaz Hasrizal Jamil sebagai Pengarah Akademik nya. Boleh baca info KMSS di sini.

Saya mula mencari sekolah terbaik untuk Adam semasa dia darjah 4 lagi. Saya selalu memasang angan-angan untuk menghantar Adam ke sekolah yang boleh membentuk peribadi dan akhlak mulia berlandaskan Al-Quran. Saya sendiri tidak mampu mendidik dia untuk cemerlang dari pelbagai segi. Saya yakin semua ibubapa mahu anak cemerlang dan hebat dunia akhirat, namun saya tidak hebat.

Saya terjumpa artikel berkenaan KMSS di blog Ustaz Hasrizal semasa mencari info sekolah agama untuk Adam. Apa yang menarik perhatian saya berkaitan KMSS ini ialah kenyataan berikut:

"KMSS tidak mensyaratkan kelebihan mendapat 5A untuk pelajar belajar di sekolah kami. Cukuplah pelajar itu baik akademiknya, menampakkan ada kemahuan belajar, baik karakternya, fokus utama kami di sekolah dengan slogan Shaping Excellent Character, dan baik al-Qurannya, boleh membaca dengan baik.

Maka ahlan wa sahlan, dengan penuh kasih sayang, semua pelajar ke KMSS. 5A, 4A, 3A, tak ambil UPSR, kami yakin apa yang penting di sebuah sekolah adalah formulasi pendidikan yang betul. Berikan sahaja mana-mana pelajar, jika betul formulanya, Insha-Allah mereka akan berjaya."


-Petikan dari artikel Ustaz Hasrizal bertajuk  Antara Pendidikan Cemerlang dan Pelajar Cemerlang


Rata-rata sekolah tahfiz/ agama/ MRSM/ Asrama penuh yang saya selidik, mensyaratkan pelajar mesti dapat 5A, atau 4A dan lulus cemerlang peperiksaan KAFA. Anak saya tidak bersekolah KAFA atas sebab-sebab kekangan masa dan kemampuan dirinya.


Maka, saya rasa jika memohon ke KMSS, mungkin Adam dipertimbangkan. Kalau sekolah cemerlang lain mungkin awal-awal dah kena tolak. Saya sentiasa berdoa supaya Allah memberi peluang kepada Adam untuk merasai pengalaman baru di sekolah menengah KMSS nanti, di samping berjaya dengan kebolehan dan kefahaman yang ada dalam dirinya di terjemahkan dalam keputusan UPSR nanti. INSYAALLAH.


Lupa nak cakap, KMSS ni sekolah swasta, anggaran yurannya dalam 1K jugak lah untuk sebulan. So saya kena kerja keras macam ayah Dicky lah kalau nak hantar anak ke sekolah terbaik.

Lagi satu, Dicky ni sebenarnya PEREMPUAN! Sekarang dia dah 16 tahun.

Terkejut kejap makcik :D

Dicky atau Xu Jiao

No comments:

Post a Comment