Sebab kesuntukan masa, maka terperap ajelah dalam draft :D
Sebenarnya dah banyak kali buat lasagna, yang sebelum-sebelum ni tak excited nak post kat blog, sebab main belasah je
Kali ni special sikit sebab buat ikut step yang betul dan hasilnya pun sangat puas hati dan sedap :D
![]() |
Lasagne |
Bahan-bahan Asas
Kepingan lasagna - saya guna San Remo
Mozarella Cheese untuk tabur diatas lasagna
Sos daging - rujuk resepi di bawah
Sos putih - rujuk resepi di bawah
Bahan-bahan sos daging cincang
Bawang putih
400 gm daging cincang
Sos spageti Kimball
Gula dan garam
Serbuk perasa
Bahan-bahan sos keju
2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
2 cawan susu segar
Parmesan Cheese
Cheesedale Cheddar Cheese
Cara-cara membuatnya
- Rendam kepingan lasagna dalam air suam panas dan campur sedikit minyak zaitun supaya tidak melekat
- Sementara menunggu kepingan lasagna lembut, bolehlah sediakan sos daging dan sos keju
Cara-cara membuat sos daging
- Tumis 2 ulas bawang putih yang diketuk menggunakan minyak zaitun
- Bila sudah naik bau, masukkan daging cincang
- Kacau sehingga daging masak
- Bila daging sudah masak, masukkan sos spageti Kimball
- Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
- Masak sehingga sos naik minyak, tapi tak perlu sehingga kering
Cara-cara membuat sos keju
- Panaskan mentega atas api yang sederhana
- Kemudian, masukkan tepung gandum dan kacau sehingga sebati
- Matikan api, dan masukkan susu segar. Kacau rata
- Buka semula api perlahan, masukkan keju cheesedale yang telah dicarikkan
- Kacau sehingga sebati dan masukkan sedikit serbuk lada putih dan garam. Boleh juga masukkan parsley flake jika suka.
- Tutup api dan kacau lagi, jika sos terlalu likat, boleh tambah air panas supaya cair sedikit.
Cara-cara menyusun dan membakar
- Panaskan oven pada suhu 190 darjah celcius.
- Sediakan loyang empat segi. Saya gunakan loyang bersaiz 9"x 9". Lengserkan dengan minyak zaitun.
- Letakkan lapisan sos daging, diikuti dengan sos keju dan kepingan lasagna. Pastikan sos tersebut melitupi sepenuhnya kepingan lasagna.
- Ulang lapisan tersebut sehingga habis.
- Lapisan paling atas saya tak letak kepingan lasagna tetapi di tabur dengan mozarella cheese.
- Apabila dah siap melapis-lapis, tutup lasagna dengan aluminium foil.
- Bakar selama 20 minit. Setelah dibakar 15 minit, buka aluminium foil dan bakar lagi selama 5 minit. Ini adalah supaya lapisan keju garing dan keperang-perangan.
Nah dah siap pun.
Tips semasa memasak lasagna
*Rendam dulu kepingan lasagna sebelum dimasak supaya tidak keras, sebab kadang-kadang
mungkin sos kita tak cukup banyak moisture untuk melembutkan kepingan tersebut.
*Kalau nak rebus boleh, tapi jangan sampai lembik, agak-agak separuh masak je.
*Jangan letak terlalu banyak garam dalam sos keju, sebab keju kan dah masin
*Tutup dengan aluminium foil sebelum membakar untuk mengekalkan kelembapannya agar
kepingan lasagna lembut dan masak sekata. Kalau nak lasagna anda sedap dan cantik, step yang ini
tak boleh ingkar :D
SELAMAT MENCUBA :D
No comments:
Post a Comment