Tuesday, August 18, 2015

Alahai sakit pinggang

Assalamualaikum..salam sejahtera
Dah berlalu Syawal ye..harap2 jumpa lagi Ramadhan dan Syawal tahun hadapan.
Ni nak cerita pasal sakit pinggang.

Saya ni lama jugak la menderita sakit pinggang, mungkin akibat postur tak betul, otot perut lemah otot belakang lemah dan mungkin sebab pernah jatuh terduduk sebelum ni. 

Seingat saya 2-3 tahun kebelakangan ini makin menjadi-jadi..terutamanya lepas saya bersalin anak yang no.3 dua tahun lepas.

Macam2 dah cuba berurut, tungku, sauna, fisioterapi dan reflexology tapi kaedah-kaedah  ini hanya memberi kesan sementara sahaja. Dah la beribu riban habis duit ...huhuhu..Paling lama pun seminggu bertahan. pastu sakit pinggang datang balik.

Baru2 ni..terdetik saya untuk cuba berbekam. Dulu saya pernah sekali berbekam..dlm 7 tahun lepas..masa tu first time..lepas buat tu demam. Saya jadi takut nak buat lagi.

Sampai lah saya tengok satu pamphlet servis bekam overhaul oleh Ummu Atiyah.
Hmm macam nak try..so saya call booking dia..tak mahal RM150 aje.

Kalau sapa-sapa nak bekam boleh call Ummu Atiyah - 017-2259168, dia boleh urut bersalin, bekam dan akupuntur, hang pilih je nak servis mana D.

Lebih kurang macam ni lah keadaan saya masa bekam, tapi saya meniarap. Jangan risau kerana therapist bekam ni berpengalaman, alatan bersih dan telah disteril.

Proses bekam-gambar dari laman web www.wanista.com

Mula-mula vakum je bekam angin, belum cucuk kulit lagi. Second round dia akan cucuk-cucuk permukaan kulit di bahagian tengkuk, bahu, belakang, pinggang dan betis. Pastu vakum lagi..sampai semua darah kotor keluar. Lepas dah siap bekam, cup tu dia cabut dan dia sapu Minyak But-But untuk bagi luka cepat sembuh. Minyak ni ada ekstrak gamat, elok minyak ni Inshaa Allah.

Minyak But But-gambar dari laman web www.nizam.com.my


Masa bekam tu memang saya sakit lebih kat bahagian kiri, so darah beku macam jeli banyak keluar kat pinggang sebelah kiri..huhuh..geli den nengoknya. Itu lah penyebab sakit pinggang selama ni. 

Dengan izin Allah, lepas bekam, boleh dikatakan serta merta sakit hilang.. Alhmadulillah :D, malam tu saya boleh tidur lena walaupun kurang selesa akibat bekas bekam tu.

Lepas bekam jangan terus mandi, tunggu 5 jam sampai luka-luka kecil tertutup. Masa mandi tu pedih sikit la, saya mandi depan aje, esoknya tu baru mandi satu badan. Pedih sikit je, dah lap kering ok la. Ksan-kesan lebam dan parut torehan tu hilang dalam masa seminggu, jangan risau. Lepas tu ada rasa gatal-gatal sikit masa luka nak sembuh..kalau boleh jangan garu beriya sangat...nanti lagi bertambah parut hehehe.


Kalau sapa-sapa yang ada masalah macam saya, boleh la try bekam lepas ni. Ni dah dua minggu dah lepas bekam, Alhamdulillah, pinggang kurang sakit dan belakang serta bahu rasa ringan.

Bulan depan saya nak buat lagi Inshaa Allah :D



Read More »

Tuesday, June 23, 2015

Tips untuk menyebarkan info melalui media sosial

Assalamualaikum
Salam Ramadhan
Hari ni dah 7 Ramadhan

Kali ni saya nak berkongsi sedikit maklumat berkenaan keghairahan kita dalam menyebarkan info melalui media sosial. Semoga jadi peringatan buat diri sendiri dan kawan-kawan..

Contoh-contoh info yg selalu/ biasa kita dapat melalui media sosial.

 
 
 
 
 
 


 
Semenjak teknologi media sosial meledak, ramai orang suka kongsi gambar-gambar, lawak jenaka la, berita dapat durian runtuh la, hadis-hadis nabi, jual produk la, testimoni dan bermacam-macam lagi.

Lepas tu kalau dapat, ramai yg rajin forward, skrg ni guna whatsapp, wechat, telegram, google plus, proses memforward tu jadi sangat cepat ...zassss gitu...dh sampai


Tapi AWAS untuk mereka yg suka sebarkan info tanpa menyatakan sumber. Kalau dapat hadis palsu, pastu yag tukang forward tu tak selidik, diforwardnya pula ke kawan-kawan lain, kawan2 lain yg dapat tu terus baca dan tak selidik, maka sangat BAHAYA sekiranya mereka menganggap benda yg palsu itu sahih. Maka disebarkan pula kepada anak cucu cicitnya. 

Sekiranya tak ada sapa tegur, tak ada sapa nak betulkan, maka rangkaian info palsu/ salah ini tak akan sudah sampai bila-bila.

Jangan ambil  mudah perkara ini. Di bawah ini beberapa tips yg boleh di amalkan

Tips untuk menyebarkan info melalui media sosial

  • Kepada si pemula info tu, boleh lah letakkan sumber dari mana info tersebut, kalau ada kat website, sila lah letak link
  • Kawan-kawan yg dapat pulak, tanggungjawab korang kena lah rajin-rajin selidik, soal balik si penghantar info tu, tanya kat mana dapat, sahih ke tak. Jangan lah terus forward je. Memang bende2 baik ni laju aje kita nak share, faham lah korang nak pahala kan. tapi kalo info yg diforward tu menipu, maka dosa pun berantai dan beranak pinak sebab tak selidik dulu, silap2 boleh jadi fitnah.
  • Selalunya bila dah forward, kita ingat dah lepas dah tanggungjawab, tapi sebenarnya tidak, kita bertanggungjawab terhadap apa yg kita sebarkan. So Beware and Be Careful.
  • Bila dah puas hati selidik, baru lah decide nk forward ke tak, kalo info mengarut/ menipu/palsu/ sensitif, dinasihatkan delete je, takut nanti lepas ni terforward plak. kalo benda yg sahih, silakan. 
Mudah-mudahan jadi panduan kita semua. Kalau ada tips-tips lain yg berguna, silalah share atau tambahkan tips2 kat sini. Kalau ada silap, sila betulkan saya.

Semoga kita dapat pahala sama-sama BUKAN dosa sama-sama :D

Terima kasih kerana sudi membaca!


Read More »

Monday, June 22, 2015

Formula Lailatul Qadar

Salam Ramadhan semua, 
Camana puasa? Harap-harap dapat menghayati dan mencapai erti sebenar puasa :D


Maha Pengasih dan Maha Penyayang Allah SWT kepada hamba-hambanya yang ingin dekat kepadaNYA.
Dianugerahkan kita dengan Malam Lailatul Qaddar yang tidak diberikan kepada umat-umat terdahulu.
Allahuakbar... ini doa Rasulullah untuk kita umatnya kerana usia kita tidak panjang untuk beribadah berbanding umat-umat terdahulu.

Cuba kita renung, malam Lailatul Qadr berada pada malam-malam ganjil 10 terakhir Ramadhan.
Sesiapa yang beribadah bersungguh-sungguh pada malam tersebut dikurniakan pahala beribadah selama seribu bulan iaitu selama 83 tahun, Mashaa Allah. Seumur hidup kita pun belum tentu dapat mengabdikan diri beribadah selama 83 tahun.

Cuba bayangkan, dari sudut Matematik, katalah kita mula berpuasa setelah akil baligh, iaitu semasa umur 15 tahun. Sekarang, katalah umur kita dah 40 tahun, maknanya kita telah berpuasa Ramadhan sebanyak 25 kali. 

Baik, mari kita renungkan lagi situasi ini. Kita telah berpuasa sebanyak 25 kali  sepanjang 25 tahun, kita telah mengabdikan diri beribadah kepada ALLAH dengan bersungguh-sungguh pada 10 malam terakhir Ramadhan. Ditakdirkan kita bertemu Lailatul Qaddar. Allahuakbar.

CUBA DARABKAN


Mashaa Allah, sedar tak sedar kita telah beribadah selama 2, 075 tahun (Dua Ribu Tujuh Puluh Lima tahun). Pernah kita bayangkan beribadah sehingga dua ribu tahun? 

Allahuakbar, sempena Ramadhan yang masih berbaki ini, REBUTLAH PELUANG INI, 
Allah dan Malaikat turun ke langit dunia, mendekati kita hambanya.

Benarlah formula Lailatul Qadar ini lambang kasih sayang Allah kepada kita, umat Nabi Muhammad SAW.
Kalau formula kita, asyik nak untung bahagian kita aje kan, tapi tidak dengan Allah, sebab Allah kasihkan kita hambanya dan kasih sayang Allah mengatasi kemurkaanNya.


Tanda malam qadar ialah :
*Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
*Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
*Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir ramadhan dengan beribadat kepada Allah SWT dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan.









Read More »

Thursday, May 14, 2015

Butter Prawn

Assalamualaikum
Apa khabar?
Kali ni nak kongsi resepi Butter Prawn atau Udang Goreng Mentega
Butter prawn ni kalau nak makan kat restoran Thai lah ada
Tapi kalo buat sendiri lagi sedap dan jimat
Apa bezanya resepi saya dengan resepi orang lain?
Bezanya saya dah banyak kali cuba, yang buat kelmarin je baru betul-betul jadi




Bahan-bahan
1 pinggan udang harimau - nak guna udang sederhana, udang kertas, udang galah, udang kecik pun boleh
                                                        - kuantiti udang bergantung kepada anda, saya letak satu pinggan utk balance kan                                                                     dengan 3 biji kuning telur
2 ulas bawang putih
1 biji cili padi
3 helai daun limau purut  - disebabkan takde daun kari, saya ganti dengan daun limau purut, tapi bau dia kurang                                                             naik
3 biji kuning telur
1 senduk kecil susu cair
1 senduk kecil mentega
1 senduk kecil minyak masak


Cara-cara membuat
1. Perap udang dengan garam dan lada sulah secukup rasa lebih kurang 20 minit
2. Kemudian goreng udang secara deep fry sehingga kulit udang garing, anggaran 5 minit. Angkat dan tos kan.
3. Tumis bawang putih, daun limau purut dan cili sehingga naik bau. Kemudian masukkan semula udang yang telah digoreng dan juga susu cair.
4. Kacau sekejap dan angkat.

Cara membuat egg floss
1.Panaskan minyak masak pada api sederhana, bila sudah agak panas, masukkan mentega. kacau membulat menggunakan dasar senduk sehingga mentega cair.

2. Apabila mentega telah cair, tuangkan perlahan-lahan kuning telur pada kedudukan tinggi dan kacau membulat dengan laju dengan dasar senduk. Bila kita kacau-kacau tu lama-lama dia akan jadi bertali-tali macam floss gitu.

3. Bila dah berbuih, kacau macam biasa sehingga telur garing, angkat dan toskan. Lapik dengan tisu untuk menyerap minyak berlebihan.

4. Tekan-tekan tisu pada telur. Bila minyak dah kering masukkan gula dan garam secukup rasa kemudian gaul.

Cara menghidang
Taburkan egg floss kat atas udang dan hidangkan

Cara makan
Yang ni pun nak kena bagitau jugak ke..hihihihi



*Nota- Udang tu kalau nak tumis sekali dengan bawang putih, cili dan daun limau purut pun boleh jugak. Saya deep fry sbb kulit udang harimau keras, so nak bagi dia garing.

Butter prawn ni sangat banyak minyak, so tak boleh makan selalu :)

Resepi ini saya ambik dari youtube tapi dah lupa URL dia.

Dulu saya ikut resepi kat mana ntah, egg floss tak jadi sbb dia campur susu dalam telur. So telur jadi lembik, tak garing.


Read More »