Hari ni nak cerita pasal almari. Sebenarnya badan almari ni masih elok, tegak, takde dimakan anai2 pun. Cuma cermin pecah, tombol patah, roda laci dah bengkok..tapi sebenarnya boleh dibaiki.
Memang boleh baiki, sume yg rosak2 tu boleh ganti je. Kena gi cari spare part kt kedai hardware.
Tapi makyong udah tak larat, bulan ni jangka bersalin. Kalo tak boleh je buat sendiri.
Hari tu try gak la cari pembeli perabot terpakai, tapi kebanyakannya tak nak perabot rosak.
Pastu kita try bagi gambar perabot yg tak rosak. Sofa dan divider diorang nak beli RM130 aje. Hmm tak payah lah. Dpt kat diorang mesti jual ratus ratus ratus. Baik aku derma kat badan amal je kalo camtu.
Tak padan dengan solid wood yang masih elok. Nanti korang tengok ye, akak nak refinish dan repair semula almari ni. Tunggu tau.