Wednesday, December 20, 2017

Nak Cuba VBAC

Alhamdulillah, sudah dapat pembantu rumah. Orang Melayu kita, asal dari Kedah. Tak sangka dalam susah-susah cari, ada orang sudi kerja dengan saya.

Dalam pada mencari maid ni, ada la jugak try contact agen, maid ada yg kosong dan ada yg dokumen lengkap, tapi memilih diorang ni, especially maid Indonesia.

Tak nak yang anak ramai, walaupun dah bgtau yg kita ni surirumah, dah ada 2 anak besar. Cuma kritikal diperlukan bila nak bersalin hingga habis pantang.

Tapi takpelah, rezeki Nana dari Kedah, Allah permudahkan saya, dah nak dekat sebulan dah keje :)

Kali ni sebenarnya bukan nak cerita pasal maid, tapi nak cerita kisah VBAC.

Sapa yang belum tau, VBAC adalah Vaginal Birth after Caesarean Section atau senang faham, nak bersalin normal selepas pembedahan caesarean.

Rata-rata yang saya baca dalam internet/blog mahupun dalam group facebook, semua cakap kalo nak VBAC kena ada ilmu, kena masuk kelas.

Heh, tak paham saya, ilmu apa nak kena ada? Apasal tak cakap aje? Masuk kelas pun boleh tahan yuran dia dalam RM400++ jugak.

Kalo sapa yang mampu dipersilakan, kalo tak mampu macam saya ni mengharapkan info dari internet/doctor yg menyokong VBAC ajelah.

DAlam pencarian saya kat internet, terjumpalah blog Dr Adilah Ahmat. Kat sini ada diceritakan risiko dan cadangan yg diutarakan oleh Dr Adilah mengenai VBAC. Baca dan faham.

Sedikit latar belakang kelahiran yang pernah saya lalui. Saya melalui 3 kelahiran secara normal dan kelahiran keempat secara czer disebabkan bayi songsang.

2003 - Lahir normal, start contraction pukul 3 pagi, masuk labour room jam 8 pagi, selamat melahirkan jam 12.26 tengahari

2005 - Lahir normal, start contraction pukul 8 pagi, terus pegi hospital sebab memang ada appointment. Misi suruh terus ke labour room. Baby lahir normal jam 2.30 petang

2009 - Keguguran pada minggu ke 10

2013 - Lahir normal, masa 38 minggu kalo tak silap. Hari tu memang ada appointment, pastu baby dah kurang gerak. Doc suruh masuk labour room, masa tu pukul 10 pagi. Bila cek, rupanya jalan dah bukak. Doc pecah ketuban. Pukul 5.15 petang baby lahir.

2016 - Lahir czer cukup2 37 minggu. Bayi songsang. Pagi tu memang ada appointment kat hospital dah sebab doc nak buat ECV (External Cephalic Versioning) atau pusing baby. Tapi tak dapat buat sebab jantung laju, kalo dah masukkan ubat lembutkan uterus, jantung akan jadi lebih laju, masa tu doc nak pusing tanpa ubat, sebaik aje dia pegang, terus ada contraction. Doc decide czer petang tu jugak.

2018 - Anak kelima, harap2 boleh bersalin normal.

Saya nak cuba VBAC bukan sebab nak gentle birth ke homebirth ke Amani birth ke. lotus birth ke..saya nak VBAC sebab pengalaman bersalin yg lepas membuatkan saya hampir-hampir meroyan. Dengan tak sengaja mak saya kecik hati dengan saya sebab saya tertinggi suara dengan dia. Saya masa tu sakit, tak makan painkiller, takde orang tolong urut atau sekurang-kurangnya usap saya. Mak saya merajuk sampai tak bagi saya makan hari tu, anak saya yang no.2 aje tolong bagi roti.

Korang bayanglah, kalo mak dah kecik hati, bermakna lagi ke hidup?

Tu belum masuk saya nak cekik baby lagi..

Cukup lah..saya tak mau ingat lagi..

Doc swasta yg saya checkup skrg ni takde pun bagi motivasi ke nasihat ke..so saya x banyak dapat info. Bulan depan akan pindah checkup PPUM. Alhamdulillah,  dah booking bersalin kat sana dah.

Doakan saya berjaya VBAC, saya nak cuba dulu, kalo kena czer jugak saya bersyukur dan redha, cuma saya nak orang bagi peluang, Please doc PPUM bagi lah peluang VBAC :)





Read More »