Wednesday, September 30, 2015

Resepi Fajitas

First time makan Fajitas kat restoran Chili's
Dulu tak tau pun ape benda fajitas ni..bunyi ala-ala mexico..
Kepada yang masih belum tau, termasuk diri sendiri yang baru sekejap tadi google..heheheh..kat bawah ni info tentang Fajita


A fajita is a term found in Tex-Mex cuisine, commonly referring to any grilled meat usually served as a taco on a flour or corn tortilla. The term originally referred to the cut of beef used in the dish which is known as skirt steak

Ni resepi fajitas saya yang tak berapa lengkap sebab tak ada daging, tortilla, sour cream, dan macam2 mak nenek lagi...hehehe





Steak seasoning yang saya guna


RESEPI MUSHROOM FAJITAS

BAHAN-BAHAN
1 tin straw mushroom-dihiris 
1 tin button mushroom-dihiris
1 biji capsicum- dipotong memanjang
1 labu bawang besar-di potong bulat atau panjang
Steak seasoning-saya guna jenama Mc Cormick
Stock ayam maggi
Sour cream
Avocado slice-blend atau potong nipis
Tortilla

* saya gunakan api yang besar semasa memasak fajita ni. Kalau ada pan yang heavy bottom lagi bagus.

CARA-CARA MEMBUAT
1. Tumis bawang besar sehingga naik bau menggunakan api yang besar. 
2.Apabila bawang sudah garing dan naik bau, masukkan mushroom
3.Perasakan dengan steak seasoning, stock ayam dan gaul rata.
4.Kemudian masukkan capsicum.
5.Masak sehingga sedikit hangus tetapi jangan hangit pulak :D
6. Kemudian angkat dan sesuai dimakan dengan tortilla, letak sour cream dan blended avocado lagi ngam rasanya. Tapi saya suka avocado yg potong nipis. Nak makan dengan nasi pun boleh.


*Kalau anda guna daging, perap daging dengan steak seasoning dulu, lepas tumis bawang, masukkan daging dan masak sampai hangus sikit la, ala2 sate gitu.


Selamat mencuba !


Read More »

Tuesday, September 29, 2015

Newly addiction


Suddenly I love coffee
It happened on last Ramadhan
I choose coffee to keep me alert and energetic all day during Puasa

Payah gak la nak cari kopi yang memenuhi citarasa
Mula-mula beli kopi Nescafe Latte Caramel 3 in 1, rasa sedap jugak, tak pahit tapi kurang rasa kopi
Sedap la jugak
Minum masa sahur, ok la boleh bertahan kat ofis, tak ngantuk sampai tengahari :D
Kalau tak memang ngantuk sokmo
Dalam meeting, tengah orang bercakap ngan kita boleh lagi menguap
Tak tau nak buat camane dah

Tapi lepas tu terfikir bahaya juga asyik minum kopi 3 in 1 ni, dah la banyak gula, pastu krimer ni memang tak elok

So try pulak beli Papa Rich yang stevia punya
Cakap kat husband yang ni ada stevia so less calorie
Husband cakap yang less calorie ni dia punya side effect ni menyebabkan kita lagi banyak nak makan
Means badan kita ni akan cari jugak benda berkalori jugak walau camane pun dan boleh menyebabkan craving
So..habis satu pack, stop beli dah..

Pastu try Mineral Coffee yang bos saya jual
Elok coffee tu, dia detox sekali, pastu badan rasa segar, tapi dia ada aspartam
Saya kalau boleh saya nak elak aspartam atau ibu gula atau pemanis tiruan
Nak yang natural ingredient aje hehe
Tapi saya nak cari kalau boleh yang bukan premix
Kalau boleh yang pure rasa kopi, pekat, pahit, dan tak ngantuk :D

Ada satu hari tu husband belanja Coffee espresso kat Coffe Bean
Dah lama teringin rasa espresso ni, apo la rasonyo
Masa order tu, adik kaunter tu siap cakap, espresso machiato ni cawan kecik dan di tambah sedikit fresh milk
So, saya cakap ok lah..sebab baru nak rasa.

Memang kecik comel cawan dia..macam kedekut tak bagi minum banyak..ehehehehe
dan rasa ini macam lah yang saya cari cari..pekat pahit kaw kaw ..hehehe :D
Paling penting tak ngantuk

Ni lah rupanya cawan espresso, lebih kurang original size cup dia


Antara kopi yang saya pernah cuba




Ha..yang kat bawah ni pun terjebak terbeli gak, ingatkan nak mengecikkan perut, tapi hampaaa
Kalau nak kecikkan perut/ pinggang takde cara lain selain liposuction atau hang pi jogging lagi baguih :D





Read More »

Curi-curi masa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Lately memang takde masa nak update blog.
Bukan takde idea..idea tu ada..tapi nak cari masa sesuai tu susah..
Takkan asyik nak curi masa kat ofis aje kan..

Kat rumah pulak banyak benda nak buat
Tu yang terlupa
Pastu sebab tak ada pc sendiri
Nak tunggu turn pc hudband free
Tu pun berebut dengan anak
Bila ada masa pulak..si kecik merengek nak tu nak ni

Ni bukan statement mengeluh tapi cuba nak cari penyelesaian
Kadang2 rugi aje ada idea tapi di biar begitu sahaja tanpa dikongsi ilmu
Pastu lama-lama lupa

Setakat ni saya dok perati kan blogger-blogger yang boleh maintain karang artikel tu
Diorang ni sebenarnya kerja kuat, kerja keras, kurang tidur
Mashaa Allah
Saya jauhhhhh lagi nak capai taraf tu
Konon..tiap2 malam bercita-cita nak bangun kul 5 pagi
Nak sahur dan puasa sunat esoknya,
Tapi setakat ni hampa,

Selalu rasa penat masa nak bangun
Tidur dah cukup 7 jam
Tapi bila bangun tidur
rasa nak tidur lagi dan lagi dan lagi

Otak  pun rasa jem dah
camane nak buat ekk?

Rasanya ni sebab kurang senaman
Pastu dok makan merapu-rapu
Takpe2 kita reset balik..jangan sedih2
Jangan risau2..up kan balik SEMANGAT ;D

Sebagai ole-ole korang yang sudi membaca celoteh tak seberapa ni, saya kasi hadiah resepi ...jeng jeng jeng

Baked Cheese Macaroni

1 paket macaroni
1 paket cheese mozarella
2 sudu besar mentega -optional
1 sudu besar olive oil -optional
1/2 tin susu cair
400-500gm  daging cincang
1 labu bawang besar
Capsicum
Garam/gula/perasa
Cendawan butang/ straw mushroom

Hiasan
Daun bawang/sup
Bawang goreng

CARA-CARA MEMBUAT
1. Rebus macaroni sehingga lembut. Sebelum merebus, masukkan sedikit garam dan minyak olive supaya macaroni tak melekat.
2.Bila dah lembut, angkat dan toskan. Ketepikan.
3.Kemudian panaskan mentega dan olive oil untuk menumis. Tumis bawang besar yang dipotong dadu atau potongan bulat atau potong ikut suka. Tumis sehingga bawang betul2 layu dan naik bau.
4. Bila dah naik bau, masukkan daging cincang atau ayam atau udang..ikut mana yang disukai.
5. Tumis sehingga daging masak dan masukkan sedikit garam dan perasa. Saya guna maggie chicken stock.
6.Masukkan cendawan dan capsicum jika suka.
7.Kemudian masukkan macaroni tadi dan gaul sebati. Masukkan perasa, garam, lada sulah, lada hitam. 
8.Bila dan sebati dan secukup rasa, masukkan susu cair dan masak lagi sehingga pekat sedikit.
9.Bila dah pekat, angkat dan masukkan dalam loyang untuk membakar.
10. Taburkan cheese mozarella dan bakar dalam oven pada suhu 200'c selama 40 minit. Opps ..sebelum membakar, tutup loyang dengan aluminium foil, dan bukak pada 20atau 15 minit terakhir utk kasi itu cheese garing :D
12. Sedap dimakan bersama sos Lingam atau sos cili thai atau makan gitu je pun boleh.


Kali ni takde gambar, tak ingat nak snap hari tu ..huhu





Read More »