Tuesday, December 24, 2013

Apa ada pada Jamu Mak Dara

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Suka makan jamu tak?
Saya makan bila bersalin aje. Bersalin kali ni pilih jamu mak dara, bukan complete set tapi makan Jamu Mak Dara Gold aje untuk maintain kecergasan.

Dah berumur ni mesti ambik supplement kan, baru lah bertenaga nak buat kerja.

Jamu Mak Dara Gold with clear capsule
 Mari kita tengok kandungan dia.

Satu kapsul mengandungi 500mg herba

Piper Longum Fructus 20mg


Piper Longum Fructus
Ini le rupa Piper Longum Fructus, tak pasti apa namanya dalam Bahasa Malaysia. Kat Kelantan orang panggil cabe (Cabai).

Rempah ni selalunya digunakan semasa menumis sup atau gulai.


Croton Caudatum Seed 10mg

Croton Caudatum Seed (Manjakani)



Oh, manjakani rupanya! Herba ni memang tak perlu diperkenalkan lagi, memang ibu-ibu dah tau rupa dan khasiatnya yang mempercepatkan penyembuhan luka-luka bersalin dan merapatkan kembali otot-otot yang telah mengembang semasa mengandung. Boleh baca selanjutnya di blog Nona Manja.

Helicteres Isora Stem 10mg

Helicteres Isora Stem (East-Indian Screw)
Yang ni saya tak pernah jumpa. memang bentuk dia macam skru kan!

Hippocratea Indica Root


Ini lah rupanya Hippocratea Indica. Nama yang biasa adalah Mopane Paddle-Pod dan berasal dari India.

Antara khasiatnya adalah Anti-Radang dan Antimicrobial Activities (Anti radang dan Anti pertumbuhan mikroorganisma).

Pokok ni tak pernah jumpa, mungkin takde di Malaysia

Corlandrum Sativum Seed 450mg




Pokok Ketumbar, biji dan serbuk dari biji yang telah dikisar


Pokok yang mengeluarkan biji

Biji ketumbar yang telah kering

Oh, ketumbar rupanya. Kat dapur biasa ada rempah ni. Macam-macam boleh buat, antara yang biasa saya buat ialah ayam goreng rempah. Memang aroma dan rasanya terangkat ;)

Kandungannya adalah paling banyak dalam kapsul JMD.
Memang berkhasiat.

Rupa-rupanya kandungan jamu ni adalah rempah ratus kat dapur kita je kan. Kita aje yang tak ambik tau atau kurang prihatin.

Apa lagi, jom tambahkan rempah ratus ni dalam masakan kita sehari-hari demi kesihatan dan kecergasan ;D

*Semua informasi dan gambar adalah dari Google dan Laman Web JMD
Read More »