Friday, August 30, 2013

Alhamdulillah, dah selamat bersalin ;D


Alhamdulillah dah selamat bersalin pada 21 Jun 2013, jam 5.16 petang.

Asalnya hari tu pegi regular checkup, tak sangka pulak doc suruh bersalin, sebab dah nak masuk 38 minggu, lagi pula kita rasa macam baby dah kurang gerak.

So, tak tunggu lama, doc suruh nurse hantar ke labour room, tukar baju pakai uniform hospital. Salam dengan husband, masa tu tak mintak maaf pun sebab ingatkan boleh jumpa lagi lepas ni. Rupanya, bila doc cek jalan dah bukak 2cm. Doc tanya "Awak tak rasa sakit ke?" Kite jawab" Tak sakit doctor". Cuma rasa perut mengeras melembut, mengeras melembut..gitu je. 

Doc decide pecahkan ketuban, pastu tak perlu induce kat bawah, nanti induce melalui drip. Ayoo.. suspen sungguh. Dah takleh contact sesapa dah masa tu..husband pun tak tau, tawakkal aje la. Masa tu pukul 10 pagi.

Dah selesai pecah ketuban, kita pun ditolak ke bilik bersalin. Dalam pukul 12 tgh, nurse cucuk masukkan air. Memula contaction biasa2 aje, sakit tapi boleh tahan lagi. Bila nurse lajukan air drip tu, masa tu le sakit tak tertahan. Tak boleh sebut apa dah kecuali Allah.. Allah.

Bila dah bukak 8cm, doc kata tahan dulu ye kak. Masa tu semua nurse dan doc keluar pegi tengok org lain plak. Kita sorang2 tahan sakit. Bila dah tak tahan sangat, kite menjerit la panggil "Doctor, nurse..tolong".

Lepas tu doc kelam kabut sebab dah bukak full. "Ok kak cuba push" kata doctor. Dalam hati tertanya, nak push pun kena cuba dulu ke doctor? Hehehe...pastu doc guide baby keluar masa push tu. Alhamdulillah tak lama lepas tu baby keluar dengan selamat. Sempat menyusu sekeap je baby, lepas tu terus baby dihantar ke wad pediatrik. Nak tau kenapa?

Kita sambung next entry ye..
Sebelum mengakhiri tulisan, nak memperkenalkan baby baru, 
Tihani Yasmin binti Erymuzuan 
Hari ni 73 hari ;D


SELAMAT DATANG KE DUNIA WAHAI ANAK ;D
Read More »