Thursday, December 25, 2014

Resepi Cadbury Buttercake oleh Namee Roslan

Assalamualaikum
Salam Sejahtera
Alhamdulillah, tiba lagi hari Jumaat penuh barakah..
Jumaat terakhir untuk tahun 2014..
Selepas ni masih adakah lagi kesempatan..
Untuk bertemu Jumaat hadapan..
Minggu hadapan..
Bulan hadapan..
Tahun hadapan..
Tidak ada sesiapa yang boleh memberikan jaminan..
Usia kita milik Allah..
Hanya kepada DIA lah kita berserah
Walau hidup walau MATI


Hari ni nak kongsikan resepi Cadbury Buttercake
Resepi asal dari Nameera, blogger yang cun tu :)
Klik di sini untuk resepi asal
Credit tu Namee untuk resepi simple yang sangat SEDAP nih :D

Cadbury Buttercake




Melted coklat..nyum nyum :P




Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula kastor
225 gm butter ( 1 buku) - saya guna butter Anchor
4 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh serbuk penaik
1 bar coklat Cadbury plain

Cara-cara membuat
1.Butter dan telur mesti di biarkan pada suhu bilik, yakni keluarkan terlebih dahulu
2.Bila butter dah lembut, masukkan dalam bekas bersama-sama gula.
3.Pukul gula dan butter sehingga berkrim. Nak guna tangan boleh, mixer pun boleh. Saya guna mixer
4.Bila dah berkrim, masukkan telur.
5.Bila dah sebati, masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai habis, kacau dengan senduk
6.Kemudian, masukkan esen vanilla.
7.Tuang satu layer di dasar loyang.
8.Letakkan coklat cadbury, saya potong ikut petak-petak dia dan susun
9.Letakkan kesemua adunan kek kat atas coklat tadi.
10. Bakar dalam oven pada suhu 170 ' c atau kalau ada oven yg dah preset tu lagi senang, tekan je button Cake.
11. Bakar lebih kurang 40 minit atau sehingga masak.

Tips
*jangan over beat butter dengan gula, nanti naik minyak, kek jadi keras
*panaskan oven terlebih dahulu supaya bila bakar kek tu dia tak mendap
*sukatan gula ikut citarasa masing-masing, tapi kurangkan gula itu lebih baik, lagipun coklat Cadbury kan dah manis


Selamat mencuba!
Terima kasih kerana sudi membaca :D
Read More »

Tuesday, December 23, 2014

Apa nak buat kalau mengantuk kat tempat kerja

Masalah besar kalau mengantuk di tempat kerja..
Mengantuk bagi saya ada beberapa kategori

Kategori mengantuk


  • Mengantuk sebab tak cukup tidur
  • Mengantuk sebab terlalu kenyang
  • Mengantuk sebab terlalu letih
  • Mengantuk sebab kelaparan
  • Mengantuk sebab badan lemah, tak fit
  • Mengantuk sebab tidak sihat

Mengantuk sampai tertidur di meja office


Semua kategori di atas pernah saya alami.
Yang paling kerap saya alami sekarang ialah mengantuk sebab tak cukup tidur, dan sebab badan lemah, tak fit, kurang exercise dan tak jaga pemakanan T_T

So, jangan jadi macam saya

Masalah ni selalunya jadi waktu pagi..
Dah namanya ada baby, tidur malam pun tidur-tidur ayam aje
So esok pagi bersiap sedia lah dengan serangan mengantuk
Kadang-kadang bawak kereta rasa melayang je
Body dikuasai oleh minda bawah sedar
Sedar-sedar dah sampai office

Sampai office nak buat kerja tak boleh fokus, nak tidur kejap tak boleh lena
Ni lah..niiiii lah yang jadi masalah

So, since tak banyak choice yang ada, saya terpaksa adapt jugak
Cari jalan hilangkan mengantuk

Camana saya buat?


  • Saya makan sikit je waktu pagi
  • Minum air sejuk/peti ais
  • Buat stretching, picit-picit bahu, tengkuk
  • Guna EyeMo
  • Pasang audio mengaji
  • Aktifkan diri, berjalan ke sana ke mari


Kalau dah mengantuk sangat-sangat, tidur jugaklah ubat dia
Mintak dengan bos cakap nak recharge sekejap

Selamat mencuba :)
Terima kasih kerana sudi membaca :D

*makluman di atas adalah pengalaman peribadi saya dan tidak merujuk mana-mana info kesihatan

Read More »

Thursday, December 18, 2014

Masalah Kulit Kering

Hari ini hari Jumaat, saya suka hari Jumaat,
ALHAMDULILLAH
Disampaikan usia sehingga hari Jumaat
Sempena hari Jumaat juga, saya nak menjadikan setiap Jumaat adalah hari berblog :) 
Insyaa Allah, berharap sangat dapat meluangkan masa untuk menulis perkara yang memberi manfaat kepada pembaca semua.

Inshaa Allah, Inshaa Allah :D



 


Kita nak cerita tentang masalah kulit kering hari ni, boleh tak :)
Ye lah sejak kebelakangan ni, masalah kulit kering saya semakin menjadi-jadi terutamanya di lengan, siku dan betis kering, huhuhu..

Dulu-dulu takde pulak jadi masalah besar, semenjak cuaca tak menentu dan pemakanan pun tak berapa nak jaga, masalah ni semakin serius.

Bukan setakat kering je, tapi kadang-kadang menimbulkan kegatalan yang amat sangat..
Kadang2 kat ofis, asyik tergaru-garu ( aku tak tau la member ofis perasan ke tak :P)

Tapi kan setelah konsisten menggunakan Mary Kay Satin Hand Cream ni, masalah tersebut settle.
Alhamdulillah :D

Antara yang saya suka tentang hand cream ni ialah bau peach nya yang memang macam peach (rasa nak telan je..hehe) dan ia meresap dalam kulit dan tahan sehingga 4-5 jam.

Lagi satu yang bagus tentang krim ni, ia tak berminyak-minyak apabila kita basuh tangan, dan tangan still lembap lepas tu. Kan sesetengah krim atau losyen asal kita cuci tangan je, dia berminyak-minyak dan tertanggal. Tapi tidak dengan krim tangan Mary Kay ni...

Jatuh cinta sungguh :)

Yang bestnya walaupun hand cream, saya bantai jugak sapu kat kaki dan betis, sebab best sesangat..hahaha, 
Kalau ikutkan ada je body lotion dia :) 


Kat mana nak beli? Boleh order dengan saya atau dengan mana-mana Beauty Consultant Mary Kay yang berdekatan anda. Boleh jugak rujuk katalog di website Mary Kay

Read More »

Wednesday, December 10, 2014

Lareina Elegance Whitening Facial Soap

Hari ni nak tulis testimoni Lareina Elegance Facial Soap
Diperbuat daripada soya bermutu tinggi.
Sabun ni selamat dan tak ada penggelupasan
Kebaikan soya juga adalah melindungi kulit dari sinaran UV yang merbahaya

Sabun ini berbau wangi dan lembut.
Dah 2 minggu guna dan hasilnya ia dapat mengecilkan pori-pori di muka mengurangkan minyak
Saya guna 3 kali sehari
Kulit menjadi lebih lembut dan bersih
Paling penting produk ini dihasilkan oleh usahawan Melayu Muslim
Dan kebersihannya terjamin

Untuk keterangan lanjut, hubungi tuan punya produk iaitu Puan Siti Mariam-012-3687364 atau layari facebook page Lareina Elegance

Cuba jangan tak cuba :D

 














Read More »

Pizza Sosej



Pizza lah antara makanan kegemaran saya
Pertama kali makan adalah Shakey's Pizza
Tekak saya memang lalu sangat dengan Pizza ni..hehe

Pertama kali cuba buat pizza pada tahun 2004, masa tu anak sulung baru umurnya setahun
Dan masa tu kan sebab baru pindah rumah sewa, oven pun baru beli, pendek kata semua baru, semangat yang baru pun terkobar-kobar lah jugak..hehe

First time buat, inti ok, tapi base dia,..fail TT
Jenuh la mencari resepi dan teknik-teknik untuk buat base ni
Boleh je nak beli yang frozen/ instant, tapi sorry tu say, TAK SEDAP :(
Baik aku gi beli Pizza Hut!!

Ada dua part untuk hasilkan pizza yang lazat iaitu inti dan base

Bahan-bahan untuk base
300 gm tepung gandum
2 sb Olive oil
Sebiji telur
2 st yis
Secubit garam

Tips
*Sekiranya doh masih melekat, masukkan sedikit tepung

Bahan-bahan inti
Mozarella cheese
Sos spageti - saya guna prego
Chicken peperoni- saya ganti dengan sosej ayam yang dihiris nipis dan digoreng

Tips
*Untuk inti yang sedap, boleh ikut selera masing-masing. Boleh je experiment nak letak apa-apa pun :D


Cara-cara membuat

  1. Larutkan yis dalam air suam berisi 2 st gula. Biarkan seketika sehingga gelembung-gelembung kecil muncul
  2. Gaulkan tepung, garam dan baking powder
  3. Kemudian masukkan telur dan olive oil
  4. Uli sehingga sebati
  5. Masukkan air sedikit demi sedikit
  6. Uli sehingga doh lembut dan tidak melekat di tangan.
  7. Rehatkan doh didalam bekas yang bertutup dengan cling wrap
  8. Letakkan bekas tersebut di kawasan yang hangat, saya letak sebelah periuk nasi, jadi wap panas tu dapat aktifkan aktiviti yis
  9. Bila doh dah naik 2 kali ganda, uli dan tumbuk tumbuk sekejap
  10. Canai doh mengikut ketebalan yang dingini. Untuk resepi ini, saya dapat hasilkan sekeping base bersaiz 12 inci setebal lebih kurang 1 cm setelah masak.
  11. Cucuk base dengan garpu dan bakar pada suhu 200' c selama 15 minit.
  12. Selepas 15 minit, keluarkan dari oven dan letak kan sos, sosej dan tabur cheese mozarella
  13. Bakar lagi selama 15 minit atau sehingga cheese keperangan








Read More »

Tuesday, December 9, 2014

Spicy Beef Pie


Cuti sekolah ni mood memasak berpusu-pusu datang
Hari-hari mesti fikir nak masak makanan best-best je untuk anak-anak
Anak saya yang no.2 memang memilih makan, kalo takde makanan kegemaran, rela dia makan Maggi tiap2 hari, lomah omak den macam ni TT

Antara resepi yang dicuba semalam ialah Spicy Beef Pie.
Rahsia pie yang sedap terletak pada pastrinya yang rapuh
Inti dia ni ikut sedap tekak kita lah.
Kalau ambik resepi mat saleh inti dia ni takde letak cili, so tak lah pedas
Kalau untuk tekak Melayu, tak sah kalau tak pedas, sikit pun mesti kena

Ada 2 part dalam pembuatan pai ini, iaitu pastri dan inti





Bahan-bahan pastri
400 gm tepung gandum
200 gm cold unsalted butter - saya guna Anchor
1/2 sudu teh garam
Air sejuk+ Ais
Sebiji telur untuk kemasan

Cara-cara membuatnya

  1. Masukkan tepung gandum dan garam halus, kemudian kacau
  2. Butter yang sejuk di potong kiub, diulang mesti guna butter yang sejuk tau.
  3. Masukkan butter ke dalam tepung dan ramas sehingga menjadi seperti serbuk roti atau bread crumb. Kalau guna food processor lagi senang.
  4. Bila dah jadi breadcrumb, campurkan air ais sesudu demi sesudu.
  5. Setiap kali masukkan sesudu air, gaul dan uli sehingga tidak berderai menjadi doh
  6. Apabila telah dapat doh yang diingini, bahagikan kepada 2 bahagian iaitu untuk bahagian bawah dan atas pai, kalau tidak mahu pastri bahagian bawah boleh juga di letak atas je.
  7. Bulat kan doh dan tekan sehingga leper sedikit
  8. Kemudian balut dengan cling wrap dan sejukkan dalam peti ais selama sejam

Doh yang telah di uli
    Balut doh dengan cling wrap dan sejukkan
Sementara menunggu doh betul-betul sejuk dan set, boleh lah sediakan inti

Bahan-bahan inti

  1. 400 gm daging cincang
  2. 1 sudu besar rempah kari atau gulai daging
  3. Sedikit serbuk perasa
  4. 1/2 bawang besar di potong dadu
  5. 2 ulas bawang putih diketuk
  6. 1 biji cili merah
  7. 3 batang celeri
  8. Karot di potong dadu - saya tak letak sebab tak ada
  9. Tomato puri atau sos spageti
  10. 1/2 cawan bancuhan tepung jagung - letak 1 sudu bedar tepung jagung


Cara-cara membuatnya

  1. Daging cincang digaul dengan serbuk kari, garam, gula, bawang besar yang telah dicincang.
  2. Perap lebih kurang sejam
  3. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau
  4. Masukkan cili dan celeri
  5. Apabila celeri sudah layu
  6. Masukkan sedikit air
  7. Masukkan daging cincang dan gaul sehingga daging masak
  8. Masukkan tomato puri atau sos spageti
  9. Perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa dan sedikit lada sulah.
  10. Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan inti daging tersebut.

Tumis, bawang besar, bawang putih dan cili

Masukkan celeri

Masukkan daging cincang bahan perasa dan kacau sampai masak



Penyediaan pastri
Untuk mendapatkan bentuk pai yang cantik, gunakan loyang khusus untuk pai. Saya guna loyang bulat untuk quich jenis loose bottom bersaiz 7 inci.


  1. Keluarkan doh, lumur papan canai dan kayu penggelek dengan tepung gandum supaya tidak melekat.
  2. Doh untuk bahagian bawah mesti dicanai sehingga saiz 2 inci lebih besar dari loyang ataupun sehingga ketebalan 0.5 cm. Agak tebal jugak, tapi jangan bimbang sebab nanti bila dah masuk loyang kita boleh tekan dan ratakan semula.
  3. Doh untuk bahagian atas di canai mengikut saiz loyang , kalau besar pun tidak mengapa kerana kita boleh potong.
  4. Pindah kan doh ke dalam loyang, tekan dan kemaskan bahagian tepi dan potong lebihan doh supaya lebih kemas. Cucuk dasar doh dengan garpu untuk mengelak gelembung.
  5. Doh bawah di bakar dahulu selama 20 minit pada suhu 190 darjah celcius
  6. Setelah siap di bakar, masukkan inti sehingga penuh
  7. Letakkan doh atas, dan kemaskan bahagian tepi
  8. Tekan tepi menggunakan garpu untuk lebih cantik dan kemas
  9. Jika terdapat lebihan doh, bolehlah di buat hiasan dan tampal atas doh tersebut.
  10. Akhir sekali, sapukan telur di atas doh tersebut.
  11. Bakar dalam oven selama 25 minit pada suhu 200 darjah celcius.

Doh yang telah disejukkan
Canai doh mengikut saiz yang sesuai
Letak dalam loyang, cucuk dasar dengan garpu dan bakar
Cucuk dasar dengan garpu dan bakar

Masukkan inti


Letak doh atas, dan kemaskan, gunakan creativity untuk hiasan. Cucuk doh supaya tidak gelembung
Kemudian sapu telur untuk kemasan.

Bakar dlm oven suhu 190' c, 25 minit atau sehingga keperangan


Read More »

Resepi Lasagna

Rasanya dah dekat tiga minggu nak post entri untuk resepi Lasagna..
Sebab kesuntukan masa, maka terperap ajelah dalam draft :D

Sebenarnya dah banyak kali buat lasagna, yang sebelum-sebelum ni tak excited nak post kat blog, sebab main belasah je

Kali ni special sikit sebab buat ikut step yang betul dan hasilnya pun sangat puas hati dan sedap :D

Lasagne


Bahan-bahan Asas
Kepingan lasagna - saya guna San Remo
Mozarella Cheese untuk tabur diatas lasagna
Sos daging - rujuk resepi di bawah
Sos putih - rujuk resepi di bawah

Bahan-bahan sos daging cincang
Bawang putih
400 gm daging cincang
Sos spageti Kimball
Gula dan garam
Serbuk perasa

Bahan-bahan sos keju
2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
2 cawan susu segar
Parmesan Cheese
Cheesedale Cheddar Cheese

Cara-cara membuatnya

  1. Rendam kepingan lasagna dalam air suam panas dan campur sedikit minyak zaitun supaya tidak melekat
  2. Sementara menunggu kepingan lasagna lembut, bolehlah sediakan sos daging dan sos keju


Cara-cara membuat sos daging

  1. Tumis 2 ulas bawang putih yang diketuk menggunakan minyak zaitun
  2. Bila sudah naik bau, masukkan daging cincang
  3. Kacau sehingga daging masak
  4. Bila daging sudah masak, masukkan sos spageti Kimball
  5. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
  6. Masak sehingga sos naik minyak, tapi tak perlu sehingga kering


Cara-cara membuat sos keju

  1. Panaskan mentega atas api yang sederhana
  2. Kemudian, masukkan tepung gandum dan kacau sehingga sebati
  3. Matikan api, dan masukkan susu segar. Kacau rata
  4. Buka semula api perlahan, masukkan keju cheesedale yang telah dicarikkan
  5. Kacau sehingga sebati dan masukkan sedikit serbuk lada putih dan garam. Boleh juga masukkan parsley flake jika suka.
  6. Tutup api dan kacau lagi, jika sos terlalu likat, boleh tambah air panas supaya cair sedikit.


Cara-cara menyusun dan membakar

  1. Panaskan oven pada suhu 190 darjah celcius.
  2. Sediakan loyang empat segi. Saya gunakan loyang bersaiz 9"x 9". Lengserkan dengan minyak zaitun.
  3. Letakkan lapisan sos daging, diikuti dengan sos keju dan kepingan lasagna. Pastikan sos tersebut melitupi sepenuhnya kepingan lasagna.
  4. Ulang lapisan tersebut sehingga habis.
  5. Lapisan paling atas saya tak letak kepingan lasagna tetapi di tabur dengan mozarella cheese.
  6. Apabila dah siap melapis-lapis, tutup lasagna dengan aluminium foil.
  7. Bakar selama 20 minit. Setelah dibakar 15 minit, buka aluminium foil dan bakar lagi selama 5 minit. Ini adalah supaya lapisan keju garing dan keperang-perangan.


Nah dah siap pun.

Tips semasa memasak lasagna
*Rendam dulu kepingan lasagna sebelum dimasak supaya tidak keras, sebab kadang-kadang  
  mungkin sos kita tak cukup banyak moisture untuk melembutkan kepingan tersebut.
*Kalau nak rebus boleh, tapi jangan sampai lembik, agak-agak separuh masak je.
*Jangan letak terlalu banyak garam dalam sos keju, sebab keju kan dah masin
*Tutup dengan aluminium foil sebelum membakar untuk mengekalkan kelembapannya agar
  kepingan lasagna lembut dan masak sekata. Kalau nak lasagna anda sedap dan cantik, step yang ini
  tak boleh ingkar :D

SELAMAT MENCUBA :D




Read More »